Jumaat, Disember 18, 2009

Kenyataan Datu Ramlie Datu Mayong mengenai Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut, Tungku.

Saya Wakil Ketua Anak Negeri Tungku amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana menjadikan Kg. Sinakut/Felda di Tungku membina Loji Janakuasa Arang Batu yang pertama di kawasan Pantai Timur Sabah.

Oleh kerana sering berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan Tungku dan Lahad Datu, maka ianya amat bertepatan dengan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut/Felda Sahabat di Tungku. Walaubagaimana pun, pembinaan Loji tersebut tidak akan dilaksanakan sehinggalah adanya kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar dan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar ( EIA ). Sebagaimana sedia maklum bila sebut sahaja arang batu, pelbagai tanggapan bahawa arang batu boleh mencemar dan mengakibatkan pelbagai penyakit yang timbul olehnya. Tetapi baru-baru ini, lawatan pemimpin-pemimpin di kawasan Tungku dan Lahad Datu ke Loji Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjong Perak dan ke Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abd Aziz di Kapar, Selangor, yang diketuai oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku telah melihat dan hadir sendiri ke Loji Janakuasa tersebut. Mereka di bawa masuk ke setiap pelusuk Loji Janakuasa tersebut tanpa sebarang sekatan atau bebas melihat keadaan di sana. Selain itu, rombongan lawatan juga telah di bawa melihat Loji tersebut dari laut.

Kesimpulan daripada lawatan tersebut ialah tiadanya pencemaran daripada Loji Janakuasa tersebut, malahan terdapatnya aktiviti-aktiviti pemeliharaan ikan dalam sangkar dan pemeliharaan kerang yang berdekatan dengan loji tersebut. Jadi jika selama ini pelbagai pihak melontorkan tuduhan bahawa loji janakuasa arang batu mencemarkan alam sekitar, saya menyeru kepada penduduk di kawasan Tungku dan Lahad Datu supaya bersatu untuk menyokong pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut / Felda Sahabat. Pada pemerhatian saya, sebenarnya tiada pencemaran daripada Loji Janakuasa Arang Batu yang sering digembar gemburkan oleh pihak NGO dan pembangkang yang sengaja menjadikannya isu politik semata-mata.

2 Hantarkan Komen Anda di sini:

ABD KAYUM BIN MALANTI berkata...

Saya Abd kayum Bin Hj. Omar Pemaju Mukim Tungku menyokong penuh kenyataan Datu Ramlie Bin Datu Mayong kerana daerah kecil Tungku selalu putus bekalan elektrik dan sebahagian kampung masih belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya. Saya juga terlibat dalam lawatan tersebut dan mendapati kenyataan tersebut adalah benar. Oleh yang demikian saya menyokong penuh Projek tersebut dan mengharapkan agar dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Kamarudin Hj. Hamid berkata...

Warga Tungku keseluruhannya menyokong pembinaan Loji tersebut, cuma ada segelitir yg membangkang pembinaannya...kerana mereka2 ini nak jadikan isu politik semata-mata. Walau bagaimana pun, pembinaan Loji tersebut tidak akan dimulakan selagi tiada kelulusan daripada EIA....

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.