Jumaat, Oktober 30, 2009

Lawatan Pengarah Tanah dan Ukur Sabah ke Tambisan

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili dan Datuk Osman Jamal sedang mengadakan perbincangan di tapak Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut.
Penduduk yang hadir pada majlis dialog tersebut
Tungku - Satu perubahan yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan Tambisan dengan kehadiran Pengarah Tanah dan Ukur Sabah Datuk Osman Bin Jamal telah mengadakan lawatan kerja ke Tambisan Darat, Tambisan Pulau dan Sg. Nipah, Tungku baru-baru ini. Lawatan Datuk Osman Jamal ke Tambisan adalah untuk berjumpa dengan penduduk di kawasan Tambisan dan di sekitarnya, bagi mengadakan majlis dialog dengan penduduk kampung mengenai masalah-masalah yang melibatkan tanah dan permohonan-permohonan yang telah dipohon oleh penduduk kampung di Tambisan. Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Adun N49 Tungku merangkap presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Menurut pengerusi penganjur majlis tersebut, En. Amir Hamzah Zakaria selaku Wakil Ketua Anak Negeri N49 Tungku yang juga penduduk Tambisan, kehadiran Pengarah Tanah dan Ukur Sabah dan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ke Tambisan adalah satu kombinasi yang mampan dan berupaya menyelesaikan masalah-masalah penduduk di Tambisan seperti masalah tanah, permohonan projek pembangunan dan lain-lain berkaitan. Oleh itu En. Amir Hamzah menyeru kepada penduduk di kawasan Tambisan supaya bersatu, dalam erti kata yang lain mengukuhkan perpaduan bagi menyokong kepimpinan di peringkat kampung, Daerah, Yang berhormat, Bahagian Umno P188 Silam, Ahli Parlimen, Negeri dan seterusnya ke peringkat Pusat. Ini adalah satu usaha yang perlu disokong bagi menjayakan matlamat yang telah di warwarkan seperti 1 Malaysia dan wawasan 2020.

YB Datuk Ustaz Suhaili berharap agar, penduduk di kawasan Tambisan mengambil kesempatan sempena lawatan Datuk Osman Jamal Pengarah Tanah dan Ukur Sabah, bagi menyelesaikan masalah-masalah tanah dan permohonan geran yang tertunggak. Ini adalah kerana dengan kehadiran Pengarah sendiri maka penduduk boleh berdialog secara terus dengan Pengarah. Sebelum itu, YB Datuk Ustaz Suhaili dan Pengarah bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke Tapak Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut. Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pengarah Felda Sabah En. Juany Hj. Salleh, Ketua-ketua Anak Negeri kawasan Tungku, pegawai-pengawai dari Jabatan Tanah dan Ukur Sandakan, Kakitangan UPKR N49 Tungku dan ketua-ketua kampung di kawasan Tambisan.

Rabu, Oktober 28, 2009

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Seramai 60 orang yang terlibat dengan mangsa ribut yang melanda tungku pada jun 2009 telah menerima Zink yang telah disampaikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku. Zink tersebut disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Lahad Datu dan di hadiri sendiri oleh pegawainya Kebajikan Lahad Datu, cik. Sarina Hj Abd Ganih bersama kakitangan jabatan kebajikan. YB berharap dengan pemberian zink ini ianya dapat membantu mangsa yang terlibat dalam ribut yang melanda Tungku baru-baru ini. Apabila kita bercakap mengenai kepentingan rakyat..maka pada hari kerajaan telah mengutamakan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan meningkatkan pencapaian, sebagaimana konsep 1 Malaysia...rakyat didahulukan pencapaian di utamakan..ujar suhaili pada majlis tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid,Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Abd Majid Alam, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin, Ketua Anak Negeri N49 Tungku En. Abdillah Hamzah, ketua-ketua kampung di kawasan Tungku.

Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ke Kg. Mundas\Dengan


Tungku - YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said telah mengadakan lawatan ke Kg. Mundas\Dengan bagi bertemu masyarakat dan melawat projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan berkenaan. YB Datuk turut melawat jambatan di Sg. Dengan yang telah siap dibina. Jambatan ini adalah menghubungkan di antara Kg. Mundas\Dengan dan Kg. Nala. Ianya adalah memberi manfaat dan memudahkan penduduk kampung Nala dan pelajar-pelajar yang bersekolah di SK Tungku. YB Datuk berharap dengan siapnya jambatan ini, ianya dapat memendekkan masa perjalanan penduduk yang berdekatan untuk ke Pekan Tungku. Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Hj. Abd Malek Hj. Aidala, En. Mukmin Angsai, En .Allen Kiang, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Abd Majid Alam, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin dan Ketua Kampung Mundas\Dengan En. Ab. Wahab Zainuddin. Jambatan ini adalah peruntukan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah yang bernilai RM 140,000.00.

Jumaat, Oktober 23, 2009

YB Datuk menyumbang Jersey Bola Tampar kepada pasukan PSKPPS Tawau Zon Tenggara

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Adun N49 Tungku telah menyumbangkan Jersey Bola Tampar kepada pasukan PSKPPS bagi mewakili Bahagaian Tawau Zon Tenggara ke pertandingan Bola Tampar PSKPPS peringkat Negeri. Pertandingan tersebut berlangsung pada 25hb.oktober hingga 27hb. Okotober 2009 di Sandakan. Menurut Pengurus Pasukan PSKPPS Bola Tampar Zon Tenggara En. Marjan Bahajan, sumbangan ini adalah amat bermakna kepada pasukan Bola Tampar PSKPPS Zon Tenggara kerana ianya dapat mengurangkan kos perbelanjaan pasukan bola tampar zon Tenggara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Ustaz Suhaili kerana menyumbangkan Jersey Bola Tampar. Jersey tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid mewakili YB Datuk.

Isnin, Oktober 19, 2009

Hari Raya Aidil Fitri Sambutan 3K, Kg. Segama, Kg, Segangan dan Kg. Binuang


Walaupun Aidil Fitri berada dipenghujungnya, sambutan aidil fitri peringkat 3K iaitu 3 buah kampung di DUN Tungku kg. Segama, Kg. Segangan dan Kg. Binuang begitu ceria kerana dihadiri oleh penduduk kampung di tiga kampung tersebut. Menurut Pengerusi Pelaksana sambutan En. Said Bikit, program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk kampung yang terlibat pada majlis tersebut.

Hadir sama YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Adun N49 Tungku. YB berharap agar majlis seumpama ini dapat menyatupadukan penduduk di tiga buah kampung yang terlibat. Bukan hanya di tiga kampung sahaja, tetapi seluruh penduduk di kawasan Tungku hendaklah berpegang pada satu konsep 1 Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada ketiga-tiga buah kampung tersebut, termasuk tarian joget dan tarian igal-igal suku kaum bajau. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai dan Penyelia Kemajuan Masyarakat Tungku En. Abd Majid Alam.

Khamis, Oktober 15, 2009

Lawatan kakitangan UPKR Ibu Pejabat ke Adun Tungku dan Lahad Datu



Puan Rosni Awang Ahmad sedang menyampaikan taklimat perjawatan. Di sebelah kiri beliau Puan Estella Basalan.

Lawatan ini adalah untuk memberi taklimat perjawatan kepada Kakitangan Pembantu Tadbir Rendah ( PTR ) UPKR N49 Tungku dan UPKR N50 Lahad Datu. Ianya diadakan di bilik gerakan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N50 Lahad Datu. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Estella Basalan dan Puan Rosni Awang Ahmad daripada Ibu Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat. Mengikut taklimat yang disampaikan, Pembantu Tadbir Rendah ( PTR ) akan dinaik taraf  ke gred N17, oleh yang demikian syarat-syarat untuk kenaikan gred tersebut ialah berkelulusan SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia serta berkhidmat lebih 6 tahun atau berkelulusan darjah 6 serta berkhidmat lebih 15 tahun. Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan Pegawai Kemajuan Rakyat N50 Lahad Datu En. Amat Bin Kawoh @ Abd Rahman.

Rabu, Oktober 14, 2009

Majlis Hari Raya Warga PDRM IPD Lahad Datu


Lahad Datu - Majlis Hari Raya Warga PDRM IPD Lahad Datu telah diadakan pada 13hb.Oktober. 2009 bersamaan 24 Syawal 1430 H di perkarangan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu. Majlis ini unik kerana dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum di kawasan Lahad Datu dan Tungku. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pesuruh Jaya Polis Sabah. Pelbagai juadah dihidangkan pada majlis tersebut seperti rojak buah, daging kamping bakar, satey daging dan ayam, lemang, kuih raya pelbagai jenis, buah-buahan tempatan. Turut hadir pada majlis tersebut Pemimpin Kemajuan Rakyat N50 Lahad Datu En. Aljen dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hamid mewakili YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Adun N49 Tungku yang kini berada di Kuala Lumpur menghadiri Perhimpunan Agung Umno, pemimpin-pemimpin negeri dan persekutuan, ketua-ketua kampung dan Pengerusi-pengerusi JKKK kawasan Lahad Datu dan Tungku.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Aidil Fitri disambut meriah walaupun 1 syawal telah lama berlalu



Turut hadir YB Hj Salleh Kalbi ADR P188 Silam


YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili sedang memberi ucapan pada majlis tersebut

Tungku - Sambutan Aidil Fitri yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Tungku begitu meriah dan dihadiri oleh ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK, pemimpin-pemimpin tempatan, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri. Majlis ini telah dianjurkan oleh Urusetia Daerah Kecil Tungku yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan AJK terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah Kecil Tungku, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Pejabat Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah Tungku dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Tungku.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said dan Ahli Dewan Rakyat P188 Silam Hj. Salleh Hj. Kalbi. Kedua-kedua pemimpin yang hadir ini, adalah simbol perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional di kawasan Silam ini. Pada majlis ini juga dihadiri oleh pelbagai suku kaum seperti suku kaum bajau, iranun, idahan, cina dan india. Ini konsep 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak. Walaupun berbeza bangsa tetapi boleh duduk bersama meraikan sambutan aidil fitri tanpa mengira taraf atau jawatan. Dan ini sememangnya dituntut bagi merealiasikan konsep 1Malyasia. " Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan "

Konsep 1 Malaysia telah wujud dan direalisasikan melalui kepimpinan yang tidak membeza-bezakan taraf jawatan. Sebagai contoh pada majlis hari ini, Ketua Anak Negeri dan Pemaju Mukim boleh duduk bersama-sama Ketua-Ketua Kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK. Dengan situasi begini, ianya menunjukkan bahawa persefahaman di kalangan pemimpin begitu baik dan seterusnya dapat bersama-sama membangunkan daerah Tungku menjadi satu daerah yang terkenal di masa akan datang. Ujar YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili pada majlis tersebut.

YB Datuk memaklumkan bahawa pembangunan di kawasan Tungku begitu banyak seperti projek menaik taraf jalan ke Tambisan, pembinaan Masjid Daerah Tungku yang bernilai RM 3.5 juta yang dianggarkan akan dilaksanakan pada RMK 10, pembinaan Pejabat Urusetia Tungku yang baru, membaik pulih jalan kampung, pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di Tengah Nipah, pembinaan Balai Polis di kawasan Felda, pembinaan pusat kaji selidik Sawit MPOB yang tercantik dan tercanggih di kawasan Pantai Timur Sabah Sarawak dan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut.

YB Datuk memuji dan berbangga dengan kepimpinan dan pentadbiran Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim. Selama 20 bulan beliau mentadbir daerah Tungku, banyak perubahan dan pembangunan dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, YB Datuk memberi gambaran kepada ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK agar mencontohi kepimpinan Penolong Pegawai Daerah Tungku.

Rabu, Oktober 07, 2009

Mesyuarat YB Datuk bersama UPKR Tungku

Pada 6hb. Oktober. 2009 selesa, telah diadakan mesyuarat YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said bersama kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku di bilik mesyuarat Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku di Jalan Dam, Lahad Datu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin bin Anghai dan Wakil Ketua Anak Negeri Tungku En. Abd Rahman Hj Basar.
Mesyuarat ini diadakan setiap bulan bagi mempertingkatkan dan mengemaskini sistem pentadbiran dan pengurusan pejabat adun supaya ianya lebih effisen dan berkesan, lebih-lebih lagi YB Datuk menekankan agar setiap pegawai menunjukkan disiplin yang tinggi. Tanpa disiplin, semua yang kita lakukan tidak akan berjaya, ujar YB Datuk pada majlis tersebut.

YB Datuk juga memaklumkan bahawa Pejabat Unit Pemimpin kemajuan rakyat di Tungku telah ditutup sementara waktu bagi memudahkan pegawai-pegawai UPKR dapat menumpuhkan sepenuhnya ke pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat di Jalan Dam, Lahad Datu.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Keunikan rumah terbuka YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili di dewan Sri Perdana Lahad Datu


YB beramah mesra dengan tetamu yang hadir



Antara pemimpin yang hadir pada majlis tersebut iaitu ADO Tungku, kedua-dua ADO Lahad Datu dan Ketua Polis Lahad Datu Supritenden Mohd Suhaimi Ab Rahman


Keunikan rumah terbuka YB ianya diraikan bersama Pesta Kuih bulan yang dihadiri Pemimpin dan masyarakat Tiongwha.


Adalah menjadi satu kelaziman setiap perayaan di Malaysia akan mengadakan rumah terbuka bagi memberi peluang kepada orang ramai berhari raya, bertanya khabar, dan bermaaf-maafan. Kehadiran berbagai suka kaum dan bangsa menjadi tarikan dan perhatian yang sungguh unik dan menakjubkan, apatah lagi yang hadir adalah bangsa Tionghwa yang bukan seagama.

Pada 2hb. Oktober. 2009 bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said sekeluarga telah mengadakan rumah terbuka hari raya aidil fitri 1430 H yang telah dihadiri oleh pelbagai suku kaum bangsa. Sebelum ini, YB Datuk telah mengadakan rumah terbuka di kediaman beliau di Kg. Remang, Tungku pada 1 syawal. Majlis ini diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat di kawasan Lahad Datu menghadiri rumah terbuka beliau.

Yang menjadi uniknya majlis rumah terbuka ini adalah ianya diraikan bersama-sama Pesta Kuih Bulan yang dihadiri pemimpin-pemimpin dan masyarakat tiongwha kawasan Tungku dan Lahad Datu. Turut hadir Pengerusi LDP Tungku Kwan Kim Fung, Kapitan Cina Tungku Chai Ko Ping, Ketua Polis Lahad Datu Supritenden Mohd Suhaili Ab Rahman, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Lahad Datu En Juraimin Hj. Jadil, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan En. Mohd Jaidin, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Kamarudin Hj. Hamid, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan ketua-ketua anak negeri kawasan Tungku.