Isnin, Jun 28, 2010

300 hadiri Program Kesedaran Bencana MKN di Tungku

Tungku - Seramai 300 orang telah menghadiri majlis Program Kesedaran Bencana Peringkat Komuniti anjuran Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) Jabatan Perdana Menteri  yang diadakan di Sekolah Kebangsaaan Tungku pada sabtu baru ini.

Program itu turut dijayakan bersama Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) Jabatan Metereologi Malaysia ( JMM ) Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) Jabatan Perancang Bandar dan Desa ( JPBD ) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran ( JPS ).

ADUN N49 Tungku, YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ketika berucap merasmikan penutupan program tersebut, berasa amat bersyukur dan bangga kerana Daerah Kecil Tungku telah terpilih oleh MKN untuk mengadakan program yang amat penting dan merupakan program pertama atau perintis kepada program-program kesedaran bencana yang lain yang akan diadakan di seluruh negara.

" Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri kerana telah memilih daerah Kecil Tungku ini sebagai okasi pertama Program Bencana Peringkat Komuniti ( Siri 1 ) ini. "

" Saya juga difahamkan bahawa program-program kesedaran bencana ini diadakan khususnya di kawasan - kawasan yang mempunyai risiko yang paling tinggi mengalami kejadian bencana seperti di kawasan Daerah kecil Tungku ini , " katanya.

Namun begitu menuut Suhaili, dalam beberapa siri kejadian bencana sejak 10 tahun yang lalu menunjukkan bahawa kita tidak boleh lagi selesa atau terus selamat dari kejadian bencana.

Atas sebab itu, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil pelbagai langkah untuk menjamin supaya rakyat dan negara kita akan terus berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

" Oleh yang demikian memang wajarlah tema yang dipilih bagi program Kesedaran Bencana Peringkat Komuniti ini iaitu 1 Malaysia 1 Komuniti " kata lagi.

Tambahnya lagi,  kesedaran bencana kesejahteraan bersama ini amatlah bertepatan kerana ia menunjukkan usaha kita secara bersama untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya mengurus bencana di semua peringkat dan ia akan membawa kesan baik ke arah menjamin kesejahteraan kehidupan kita semua.

Sementera itu, antara kelima-lima kampung utama yang terlibat dalam program ini adalah Kg. Mundas, Kg. Bangingod, Kg. Nala, Kg. Tulibas kecil dan Tulibas Besar serta Pengerusi JKKK dan ketua-ketua kampung lain turut sama menyertai program ini.

" Maka wajarlah sekiranya saya katakan bahawa program yang dianjurkan oleh MKN dan dijayakan oleh kelima-lima agensi ini amat bermanfaat serta memberi faedah yang tidak ternilai kepada semua kerana setidak-tidaknya kita telah mempunyai maklumat asas mengenai usaha atau peranan yang boleh kita lakukan dalam pengurusan bencana ini, katanya.

Suhaili turut menegaskan program kesedaran bencana ini adalah suatu inisiatif kerajaan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat betapa rakyat juga sebenarnya mempunyai peranan dan tanggungjawab penting untuk bersama-sama kerajaan dalam memastikan kita terus hidup dalam keadaan dan persekitaran yang selamat.

Dengan penganjuran seperti ini maka jelaslah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional ( BN ) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, berwibawa dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyatnya, " katanya.

Selain itu, pendekatan kerajaan sekarang ialah menjurus kepada rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan atau melalui konsep 1Malaysia dalam setiap program atau pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

Turut hadir pada program itu, timbalan Setiausaha Pengurusan Keselamatan MKN , Datuk Che Moin Umar, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu ( Pentadbiran ) En. Juraimin Hj. Jadil dan Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah.

Rabu, Jun 16, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pekan Baru Tungku.

Pegawai Daerah L/datu mempengerusikan Mesyuarat
Tungku - Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pekan Baru Tungku yang di adakan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Tungku yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Hj. Zulkefle Nasir.

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Pekan Baru Tungku. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku, En. Ahmad Shah Mohd Yacob Pengurus Operasi LPPB Sabah, wakil Perkasa Realty Sdn Bhd En. Yusuf Siangah, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, pegawai JASA Parlimen Silam En. Mohd Saleh Asah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid.

Pelan Pekan Tungku
YB Datuk Suhaili berharap agar pelaksanaan Pekan Baru Tungku ini dapat dipercepatkan bagi merealisasikan hasrat rakyat di kawasan Tungku menikmati kemudahan asas yang sebelum ini penduduk di kawasan Tungku bergantung kepada Bandar Lahad Datu dan bandar Felda Sahabat.

Tambahnya lagi, sekarang ini pekan Tungku terhimpit dengan arus pembangunan kedua-dua bandar yang pesat membangun. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan segera pembangunan Pekan Baru Tungku, maka ianya akan dapat menyaingi pembangunan pesat kedua-dua bandar tersebut serta pertambahan penduduk dimasa akan datang.

Pelbagai bentuk pembangunan dapat dilaksanakan sekiranya kewujudan pekan, dan ini akan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar untuk datang ke daerah Tungku yang sememangnya terkenal sebagai pusat pelancongan di pantai timur negeri Sabah, ujarnya lagi.

Ahad, Jun 06, 2010

Pertandingan Bola Sepak Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Silam.

Suhaili menepak bola sebagai tanda pertandingan bermula
Lahad Datu - Sebanyak 45 pasukan merebut Piala Ketua Pergerakan Puteri UMNO Silam Puan. Mizmah Afedullah sempena kejohanan Bola Sepak 9 sebelah yang diadakan di padang bandaran Daerah Lahad Datu yang dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.




Saya percaya di  di kawasan bahagian Silam ini ramai yang berkebolehan dalam sukan Bola Sepak, oleh yang demikian dengan adanya penganjuran sebegini, maka dapatlah belia dan pemuda menonjolkan bakat masing-masing. YB Datuk Suhaili turut melahirkan rasa gembira dengan penyertaan yang begitu banyak pasukan bola sepak, dan ini sudah tentu dapat menghimpunkan para belia dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta.







Antara pasukan yang mengambil bahagian
Katanya lagi, penganjuran kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan ini dapat mencungkil bakat para pemain yang boleh diketengahkan. Pendekatan sebegini akan dapat mengurangkan gejala yang kurang sihat di kalangan belia masa kini, jelasnya dan berharap para belia yang menyertai pertandingan tersebut bermain dengan bersungguh-sungguh di samping menanamkan semangat kesukanan dalam diri masing-masing.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N50 Lahad Datu En. Amat Kawoh, AJK Pergerakan Puteri Umno Silam dan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Silam.

Khamis, Jun 03, 2010

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah ke 39

Lahad Datu - Pelancaran sambutan Hari Guru peringkat negeri Sabah yang ke 39 telah diadakan di Dewan Perdana, Lahad Datu yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman Ketua Menteri Sabah.

Menurut Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Haji Muhiddin Yusin , Tema sambutan hari Guru tahun ini ialah ' Guru Pembina Negara Bangsa ' adalah bertepatan dengan jasa-jasa yang dicurahkan oleh guru dan pendidik kepada pembangunan negara malaysia secara keseluruhaannya. Tanpa Guru siapa kita hari ini ?. Oleh itu kita hendaklah sentiasa mengingat dan dan meraikan sambutan yang melibatkan guru.

Tambahnya lagi tema ini menepati hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua rakyat bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia " Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ". Negara kita telah mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai bidang berkat ketekunan dan cita-cita para guru yang memberi pendidikan terbaik kepada rakyat bagi melahirkan modal insan berkualiti pada masa akan datang.

YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Pangliman Musa Hj. Aman percaya masyarakat di daerah Lahad Datu akan mendapat manfaat dan imfak positif daripada sambutan Hari Guru ini khususnya bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan kepada rakyat di seluruh negeri.

Katanya lagi, Tema Perayaan Hari Guru pada tahun ini iaitu ' Guru Pembina Negara Bangsa amat menepati hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada rakyat. Sesungguhnya, kejayaan kita dalam pelbagai bidang adalah hasil pengorbanan dan sumbangan bakti dan jasa para guru ini akan terus kita kenang selama-lamanya.

Pada pelancaran Hari Guru peringkat negeri Sabah tiga orang tokoh menerima ' Tokoh Guru Negeri Sabah 2010 ' iaitu Datuk Rita Bagong @ Jaafar, Datuk Amin Bin Arif dan Datuk Normah Bte Gagoh. Ketiga-tiga tokoh ini adalah dari guru yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan di Negeri Sabah.