Khamis, Jun 03, 2010

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah ke 39

Lahad Datu - Pelancaran sambutan Hari Guru peringkat negeri Sabah yang ke 39 telah diadakan di Dewan Perdana, Lahad Datu yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman Ketua Menteri Sabah.

Menurut Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Haji Muhiddin Yusin , Tema sambutan hari Guru tahun ini ialah ' Guru Pembina Negara Bangsa ' adalah bertepatan dengan jasa-jasa yang dicurahkan oleh guru dan pendidik kepada pembangunan negara malaysia secara keseluruhaannya. Tanpa Guru siapa kita hari ini ?. Oleh itu kita hendaklah sentiasa mengingat dan dan meraikan sambutan yang melibatkan guru.

Tambahnya lagi tema ini menepati hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua rakyat bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia " Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ". Negara kita telah mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai bidang berkat ketekunan dan cita-cita para guru yang memberi pendidikan terbaik kepada rakyat bagi melahirkan modal insan berkualiti pada masa akan datang.

YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Pangliman Musa Hj. Aman percaya masyarakat di daerah Lahad Datu akan mendapat manfaat dan imfak positif daripada sambutan Hari Guru ini khususnya bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan kepada rakyat di seluruh negeri.

Katanya lagi, Tema Perayaan Hari Guru pada tahun ini iaitu ' Guru Pembina Negara Bangsa amat menepati hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada rakyat. Sesungguhnya, kejayaan kita dalam pelbagai bidang adalah hasil pengorbanan dan sumbangan bakti dan jasa para guru ini akan terus kita kenang selama-lamanya.

Pada pelancaran Hari Guru peringkat negeri Sabah tiga orang tokoh menerima ' Tokoh Guru Negeri Sabah 2010 ' iaitu Datuk Rita Bagong @ Jaafar, Datuk Amin Bin Arif dan Datuk Normah Bte Gagoh. Ketiga-tiga tokoh ini adalah dari guru yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan di Negeri Sabah.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.