Ahad, Ogos 30, 2009

Majlis bacaan yasin dan tahlil sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia peringkat Daerah Kecil Tungku

Dari kanan Pengurus Sahabat 2, En Yusuf Hj. Ismail , CDO N49 Tungku, En. Kamarudin Hj. Hamid Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah

Para penduduk kampung yang hadir pada majlis bacaan yasin dan tahlil di Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh.

Bacaan yasin dan tahlil telah diadakan di Masjid Nurul Hidayah, bandar Anjung Teduh. Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan didahului bacaan yasin dan diikuti bacaan tahlil oleh imam Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh. Selepas majlis tersebut diselangi pula tazkirah Ramadan dan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Ustaz Shukran Hakimi Mat Jusoh. Tazkirah tersebut disampaikan sehinggalah waktu berbuka puasa pada jam 6.15 pm. Selepas solat maghrib, ceramah agama bersambung dengan tajuk Keberkatan bulan Ramadan yang juga disampaikan oleh Ustaz Shukran Hakimi Mat Jusoh, sehingga waktu Ishak. Semua yang hadir berjemaah mengerjakan solat sunat tarawih. Selesai mengerjakan solat sunat terawih, maka berakhirlah majlis pada malam sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 peringkat Daerah Kecil Tungku.
Turut hadir pada masjlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku, En. Datu Ramlie Datu Mayong, Pemaju Masyarakat N49 Tungku, En. Salleh Kamin Bin Sajiran, Ketua Kampung Teburi, En. Amir Bin Tuong.

Pemilihan Bandar Anjung Teduh sebagai tuan rumah sempena menyambut kemerdekaan peringkat Daerah Kecil Tungku adalah kerana pihak pengurusan Felda secara suka rela menawarkan menjadi tuan rumah. Menurut En. Yusof Bin Hj. Ismail pengurus Felda Ladang Sahabat 2, sebelum ini Felda tidak pernah menjadi tuan rumah mana-mana program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Tungku. Oleh yang demikian bertepatan dengan sambutan kemerdekaan peringkat Daerah Kecil Tungku, peluang menjadi tuan rumah menjadi kenyataan. Harapan beliau, semoga di masa akan datang, dapatlah pihak Pejabat Daerah Kecil Tungku memberi ruang dan peluang untuk menganjurkan apa-apa program dan aktiviti yang akan dianjurkan kelak.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Taklimat Loji Janakuasa Arang Batu

Turut hadir Ketua Anak Negeri Tungku, En. Abdillah Hamzah





Pada 20hb. Ogos. 2009 di Felda Residence Sahabat, Felda Sahabat 16, telah diadakan taklimat mengenai Loji Janakuasa Arang Batu kepada penduduk Kg. Sinakut dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan Tungku bagi memberi penerangan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut, Tungku. Taklimat ini telah disampaikan oleh Lahad Datu Energy Sdn Bhd, di mana penerangan mengenai kesan terhadap kesihatan penduduk tempatan, hidupan laut, haiwan di darat, hutan simpan dan pencemaran udara. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Lahad Datu En. Zulkefle Bin Nasir. Beliau memaklumkan bahawa, akan disediakan perkampungan baru untuk penduduk di Kg. Sinakut setelah persetujuan daripada penduduk kampung Sinakut diperolehi. Perkampungan ini diwujudkan bagi memindahkan penduduk kg. Sinakut yang terlibat dengan kawasan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu. En. Zulkefle memaklumkan akan membawa setiap pandangan dan cadangan orang-orang kampung Sinakut ke Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan dibincangkan di peringkat Kabinet. Tapak yang telah dikenal pasti ialah di kawasan Tanah Rancangan Felda seluas 67 ekar yang bersempadan dengan kampung Sinakut . Felda akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu tersebut. Dengan terbinanya Loji Janakuasa Arang Batu ini, maka ianya akan memberi impak dan kesan yang sangat besar kepada pembangunan Daerah Tungku dan Lahad Datu. Sebagaimana sedia maklum, masalah bekalan elektrik di kedua-dua daerah ini amat kritikal, kerana pertambahan industri yang semakin pesat membangun.
Menurut Lahad Datu Energy Sdn Bhd, pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu tidak akan memjejaskan aktiviti seharian penduduk setempat. Ini terbukti apabila Loji Janakuasa Arang Batu di Kapar Selangor masih beroperasi sehingga ke hari ini. Ini disebabkan kerana setiap Loji Janakuasa Arang Batu perlu mendapat kelulusan daripada Kajian Terperinci Alam Sekitar ( EIA ) termasuk aspek pencemaran terkawal dan sentiasa dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar.

Selasa, Ogos 18, 2009

Penyerahan Peralatan Sukan di Kg. Telisai, Tungku



Para pemuda dan remaja di Kg. Telisai mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku kerana menyumbangkan peralatan sukan untuk kegunaan para pemuda dan remaja di Kg. Telisai bersukan. Peralatan sukan yang telah disumbangkan ialah Bola Tampar, Bola Sepak Takraw, Jaring Bola Tampar dan Jaring Sepak Takraw. Peralatan tersebut diserahkan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid di gelanggang serbaguna di Kg. Telisai.

Isnin, Ogos 17, 2009

Majlis Penyerahan Pengisar dan Dapur Gas kepada Penduduk Miskin di kawasan Tungku






Seramai 67 orang penduduk miskin di kawasan Tungku menerima peralatan dapur seperti Pengisar dan Dapur gas yang telah disumbangkan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku . Selain itu, Ketua Wanita Umno Silam, Puan Hajah Saleha Abdul Wahid dan AJK Wanita Bahagian Silam adalah penggerak utama dalam mengadakan majlis penyerahan peralatan tersebut. Majlis penyerahan peralatan tersebut telah diadakan di Dewan Sri Nalaja Kg. Telisai, Tungku dan diserahkan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid mewakili YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili HJ Said dan Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua kampung Telisai En. Maihaddin Alibasa, ketua kampung Nala En. Indanan Bin Mayong, Puan Naimah Binti Abd Gapar Wakil Ketua Anak Negeri N49 Tungku, Setiausaha Wanita Umno Silam Puan Normasiah Binti Lahaminu @ Tina, Penerangan Wanita Umno Silam Puan Norsisah Binti Patawi.

Liga Sukan Komuniti N49 TUNGKU



Majlis perasmian dan penutupan Liga Sukan Komuniti Tungku oleh Datu Baniamin Datu Jamaluddin Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku merangkap AJK Liga Sukan Komuniti.



AJK Penganjur dari kiri Kamarudin, Mohd Salleh, Datu Ibrahim, Abdillah, Cikgu Jinggal, Datu Baniamin dan pengadil-pengadil perlawanan.

Perlawanan Bola Sepak antara Zon Segama dan Zon Tungku. Zon Tungku Menang 3-0


Perlawanan Bola Tampar diantara Zon Felda/Tambisan dan Zon Tungku. Zon Tambisan/Felda menang 3-2.


Perlawanan Bola Jaring diantara Zon Silabukan dan Zon Felda/Tambisan









Perlawanan diantara Zon Silabukan dan Zon Segama.



Pada 15hb dan 16hb. ogos. 2009 telah diadakan liga sukan Komuniti peringkat Adun N49 Tungku yang diadakan di Felda Sahabat 16, Bandar Wilayah. Empat Ketegori sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Johon menerima hadiah wang tunai RM500.00, Naib Johon menerima RM300.00, ketiga menerima RM200.00 dan keempat menerima RM100.00 bagi semua ketegori sukan yang dipertandingkan. Johon bagi Bola Sepak ialah dari Zon Felda/Tambisan, Bola Tampar dari Zon Felda/Tambisan, Sepak Takraw dari Zon Tungku dan Bola Jaring dari Zon Felda/Tambisan. Menurut setiausaha Ahli Jawatan Kuasa Liga Sukan Komuniti En. Mohd Salleh bin Asah, penyertaan peserta kali ini amat memberangsangkan, kerana setiap zon menghantar wakil bagi setiap ketegori sukan yang dipertandingkan. Pihak penganjur Liga Sukan Komuniti N49 Tungku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Felda kerana meminjamkan gelenggang bagi mengadakan sukan ini. Tanpa kerjasama daripada pihak Felda, sukan ini tidak dapat dilaksanakan. Penutupan sukan ini diadakan pada 16hb.ogos. 2009 di Astaka Padang Bandar Wilayah Sahabat 16, yang telah dirasmikan dan ditutup oleh Datu Baniamin Bin Datu Jamaluddin Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku mewakili YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said yang kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda. Datu Baniamin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam sukan Liga Sukan Komuniti ini kerana memberikan kerjasama kepada pihak penganjur menjayakan sukan ini, menurut beliau, tanpa kehadiran dan penyertaan penduduk di kawasan Tungku, ianya tidak akan menjayakan sukan Liga Sukan Komuniti peringkat Tungku . Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku En Datu Ramlie Bin Datu Mayong, pemimpin-pemimpin kampung yang berdekatan dan penduduk di sekitar Felda Sahabat 16. Sukan Liga Komuniti peringkat Parlimen akan diadakan selepas Aidil Fitri ini, oleh yang demikian zon Tungku akan menghantar wakil bagi setiap sukan yang dipertandingkan.

Khamis, Ogos 13, 2009

Lawatan kerja ke Kg. Teburi







Pada 12 ogos 2009, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Bin Hj. Hamid telah mengadakan lawatan kerja ke Kg. Kuala Teburi. Lawatan tersebut diadakan untuk berjumpa dengan masyarakat di kawasan berkenaan. Kamarudin telah melawat sungai Kg. Ulu Teburi yang sedang dalam proses pembesaran. Pembesaran sungai ini adalah untuk mengelakkan daripada sering berlakunya banjir kilat. Selain daripada itu, Kamarudin menyarankan kepada semua penduduk kampung Kuala Teburi agar sentiasa bekerjasama dengan ketua kampung. Ini bertujuan setiap perancangan yang akan dibuat oleh ketua kampung dapat dilaksanakan dan seterusnya ianya memberi manfaat dan kebaikan kepada penduduk kampung itu sendiri. Kamarudin berharap agar penduduk kampung Kuala Teburi bersatu-padu demi perpaduan dan ianya memberi kesan dan impak yang sangat baik kepada pembangunan kampung, kerana jika penduduk di dalam kampung itu sentiasa bergaduh sesama sendiri, akan timbullah pelbagai masalah dan seterusnya kampung tidak dapat dimajukan.

Rabu, Ogos 12, 2009

Lawatan Ketua Anak Negeri Ke Felda Sahabat


Ketua Anak Negeri N49 Tungku, En, Abdillah Hamzah telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan Felda Sahabat bersama-sama Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Bin Hamid dan Wakil Ketua Anak Negeri N49 Tungku En. Datu Ramlie Bin Datu Mayong. Lawatan tersebut turut diiringi oleh Wakil Ketua Anak Negeri kawasan Felda Sahabat En. Datu Ibrahim Bin Datu Halun. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan penduduk peneroka di Felda Sahabat.

Beliau difahamkan bahawa pelbagai suku kaum yang tinggal di kawasan Peneroka Felda Sahabat. Oleh yang demikian, beliau berharap kepada Wakil Ketua Anak Negeri kawasan Felda En. Datu Ibrahim Bin Datu Halun agar dapat memahami adat-istiadat mengikut suku kaum, supaya apabila berlaku masalah yang melibatkan masalah adat istiadat , maka bolehlah diselesaikan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Sebelum itu, En. Abdillah, telah melawat beberapa gelanggang sukan, bagi melihat persiapan bagi sukan liga Komuniti Adun N49 Tungku yang akan diadakan pada 15hb dan 16hb. Ogos ini.

Rabu, Ogos 05, 2009

Kebakaran di Silabukan, Peringkat 1







Dua buah rumah telah musnah dalam kebakaran pada selesa, rumah tersebut musnah sama sekali apabila api begitu cepat merebak kerana cuaca kemarau dan angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Menurut Pengerusi JKKK kg. Silabukan, Peringkat 1 En. Paidi Ringkawah, pihak bomba juga telah membantu dalam memadamkan kebakaran tersebut, tetapi oleh kerana Kg. Silabukan Peringkat 1, agak jauh dari bandar Lahad Datu ( Bomba ), maka rumah tersebut tidak dapat diselamatkan. Anggaraan kerugian ialah RM100,000.00 setiap rumah. Hadir menyampaikan bantuan berupa makanan asas kepada mangsa kebakaran ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Bin Hamid mewakili YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said yang masih berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan Dewan. Turut hadir Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En, Abd Majid Bin Alam, Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Bin Asari. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku juga akan membantu mangsa kebakaran dengan menguruskan permohonan Program Rumah Rakyat Termiskin. Buat masa ini, mangsa kebakaran Thomas Chang Serdang ditempatkan di SK Stepen dan Puan Nancy Berinai tinggal dengan keluarga terdekat di Kg. Silabukan Peringkat 1.

Pertandingan Melukis sempena Bulan Kemerdekaan











Pada 05hb. Julai. 2009 di sekolah kebangsaan Bikang, telah diadakan pertandingan melukis untuk pelajar sekolah dan pra sekolah sempena bulan kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan Wanita Umno P188 Silam bersama Persatuan Ibubapa Guru SK Bikang. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Ketua Wanita Umno Silam, Puan Aloeya Habib Ali . Menurut Yang Dipertua PIBG SK Bikang, En. Abdul Majid Bin Alam, program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bagaimana untuk menjadi kreatif dan berkebolehan melukis dan mewarna. Menurut beliau kerjasama di antara Ibubapa dan guru adalah amat penting, bagi menjayakan apa-apa program dan aktiviti yang boleh membawa kepada pendedahan dan peningkatan prestasi pelajar sekolah dimasa akan datang .Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En. Kamarudin Bin Hj. Hamid mewakili YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ADUN N49 Tungku yang kini sedang bersidang di Dewan Undangan Negeri Sabah, Ketua Kampung En. Paisal Kamaruzaman, Pengerusi JKKK Puan Salama Binti Abd Satar dan Ahli Jawatan Kuasa Wanita bahagian Silam. Hadiah-hadiah dan cenderahati telah disumbangkan oleh Ketua Wanita Silam, Puan Saleha Binti Abdul Wahid.



Selasa, Ogos 04, 2009

Seminar Sehari KD, KAN, WKAN, KK, KMC dan JKKK


  • YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua KD, KAN, WKAN, KK, KMC dan Pengerusi JKKK



    Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Bin Datu Jamaluddin


    Seminar sehari Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina, Ketua- Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK telah diadakan di Executive Hotel, Lahad Datu pada 29hb.Julai. 2009 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Datu Mansur Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad Datu.
  • Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Ustaz Mohd Suhaili Bin Hj. Said merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku dan Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah En. Said Hinayat.
  • Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menghimpunkan semua Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina dan Pengerusi-Pengerusi JKKK di kawasan Lahad Datu dan Tungku bagi merealisasikan konsep 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datu' Seri Najib Tun Abd Razak baru-baru ini. Dengan konsep 1Malaysia ini maka ianya akan mengujudkan permuafakatan dikalangan pemimpin dalam kampung. YB Datuk Ustaz Suhaili menegaskan bahawa permuafakatan amat penting, kerana jika pemimpin tidak bermuafakat mengakibatkan pembangunan tidak dapat dirancang dan dilaksanakan. Sebagai pemimpin adalah tidak boleh mencari cop mohor kepada seseorang yang hanya bermotifkan politik yang memudahkan pembangkang menjadikan isu. YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili memaklumkan bahawa perlantikan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri di Tungku adalah mengikut suku kaum di kawasan masing-masing. Tambahnya, dengan percaturan perlantikan tersebut, maka diharap semua ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK dapat memahami bagi membawa perpaduan dikalangan masyarakat Tungku. YB Datuk Ustaz Suhaili berharap agar semua Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina, Ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi JKKK dapat menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan mesyauarat, perbincangan dan bersepakat. Amanah yang telah diberi hendaklah diambil berat dengan rasa bertanggungjawab sepenuhnya.