Selasa, Ogos 04, 2009

Seminar Sehari KD, KAN, WKAN, KK, KMC dan JKKK


  • YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua KD, KAN, WKAN, KK, KMC dan Pengerusi JKKK



    Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Bin Datu Jamaluddin


    Seminar sehari Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina, Ketua- Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK telah diadakan di Executive Hotel, Lahad Datu pada 29hb.Julai. 2009 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Datu Mansur Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad Datu.
  • Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Ustaz Mohd Suhaili Bin Hj. Said merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku dan Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah En. Said Hinayat.
  • Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menghimpunkan semua Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina dan Pengerusi-Pengerusi JKKK di kawasan Lahad Datu dan Tungku bagi merealisasikan konsep 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datu' Seri Najib Tun Abd Razak baru-baru ini. Dengan konsep 1Malaysia ini maka ianya akan mengujudkan permuafakatan dikalangan pemimpin dalam kampung. YB Datuk Ustaz Suhaili menegaskan bahawa permuafakatan amat penting, kerana jika pemimpin tidak bermuafakat mengakibatkan pembangunan tidak dapat dirancang dan dilaksanakan. Sebagai pemimpin adalah tidak boleh mencari cop mohor kepada seseorang yang hanya bermotifkan politik yang memudahkan pembangkang menjadikan isu. YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili memaklumkan bahawa perlantikan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri di Tungku adalah mengikut suku kaum di kawasan masing-masing. Tambahnya, dengan percaturan perlantikan tersebut, maka diharap semua ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK dapat memahami bagi membawa perpaduan dikalangan masyarakat Tungku. YB Datuk Ustaz Suhaili berharap agar semua Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina, Ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi JKKK dapat menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan mesyauarat, perbincangan dan bersepakat. Amanah yang telah diberi hendaklah diambil berat dengan rasa bertanggungjawab sepenuhnya.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.