Ahad, Ogos 30, 2009

Majlis bacaan yasin dan tahlil sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia peringkat Daerah Kecil Tungku

Dari kanan Pengurus Sahabat 2, En Yusuf Hj. Ismail , CDO N49 Tungku, En. Kamarudin Hj. Hamid Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah

Para penduduk kampung yang hadir pada majlis bacaan yasin dan tahlil di Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh.

Bacaan yasin dan tahlil telah diadakan di Masjid Nurul Hidayah, bandar Anjung Teduh. Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan didahului bacaan yasin dan diikuti bacaan tahlil oleh imam Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh. Selepas majlis tersebut diselangi pula tazkirah Ramadan dan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Ustaz Shukran Hakimi Mat Jusoh. Tazkirah tersebut disampaikan sehinggalah waktu berbuka puasa pada jam 6.15 pm. Selepas solat maghrib, ceramah agama bersambung dengan tajuk Keberkatan bulan Ramadan yang juga disampaikan oleh Ustaz Shukran Hakimi Mat Jusoh, sehingga waktu Ishak. Semua yang hadir berjemaah mengerjakan solat sunat tarawih. Selesai mengerjakan solat sunat terawih, maka berakhirlah majlis pada malam sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 peringkat Daerah Kecil Tungku.
Turut hadir pada masjlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku, En. Datu Ramlie Datu Mayong, Pemaju Masyarakat N49 Tungku, En. Salleh Kamin Bin Sajiran, Ketua Kampung Teburi, En. Amir Bin Tuong.

Pemilihan Bandar Anjung Teduh sebagai tuan rumah sempena menyambut kemerdekaan peringkat Daerah Kecil Tungku adalah kerana pihak pengurusan Felda secara suka rela menawarkan menjadi tuan rumah. Menurut En. Yusof Bin Hj. Ismail pengurus Felda Ladang Sahabat 2, sebelum ini Felda tidak pernah menjadi tuan rumah mana-mana program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Tungku. Oleh yang demikian bertepatan dengan sambutan kemerdekaan peringkat Daerah Kecil Tungku, peluang menjadi tuan rumah menjadi kenyataan. Harapan beliau, semoga di masa akan datang, dapatlah pihak Pejabat Daerah Kecil Tungku memberi ruang dan peluang untuk menganjurkan apa-apa program dan aktiviti yang akan dianjurkan kelak.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.