Isnin, Jun 28, 2010

300 hadiri Program Kesedaran Bencana MKN di Tungku

Tungku - Seramai 300 orang telah menghadiri majlis Program Kesedaran Bencana Peringkat Komuniti anjuran Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) Jabatan Perdana Menteri  yang diadakan di Sekolah Kebangsaaan Tungku pada sabtu baru ini.

Program itu turut dijayakan bersama Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) Jabatan Metereologi Malaysia ( JMM ) Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) Jabatan Perancang Bandar dan Desa ( JPBD ) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran ( JPS ).

ADUN N49 Tungku, YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ketika berucap merasmikan penutupan program tersebut, berasa amat bersyukur dan bangga kerana Daerah Kecil Tungku telah terpilih oleh MKN untuk mengadakan program yang amat penting dan merupakan program pertama atau perintis kepada program-program kesedaran bencana yang lain yang akan diadakan di seluruh negara.

" Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri kerana telah memilih daerah Kecil Tungku ini sebagai okasi pertama Program Bencana Peringkat Komuniti ( Siri 1 ) ini. "

" Saya juga difahamkan bahawa program-program kesedaran bencana ini diadakan khususnya di kawasan - kawasan yang mempunyai risiko yang paling tinggi mengalami kejadian bencana seperti di kawasan Daerah kecil Tungku ini , " katanya.

Namun begitu menuut Suhaili, dalam beberapa siri kejadian bencana sejak 10 tahun yang lalu menunjukkan bahawa kita tidak boleh lagi selesa atau terus selamat dari kejadian bencana.

Atas sebab itu, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil pelbagai langkah untuk menjamin supaya rakyat dan negara kita akan terus berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

" Oleh yang demikian memang wajarlah tema yang dipilih bagi program Kesedaran Bencana Peringkat Komuniti ini iaitu 1 Malaysia 1 Komuniti " kata lagi.

Tambahnya lagi,  kesedaran bencana kesejahteraan bersama ini amatlah bertepatan kerana ia menunjukkan usaha kita secara bersama untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya mengurus bencana di semua peringkat dan ia akan membawa kesan baik ke arah menjamin kesejahteraan kehidupan kita semua.

Sementera itu, antara kelima-lima kampung utama yang terlibat dalam program ini adalah Kg. Mundas, Kg. Bangingod, Kg. Nala, Kg. Tulibas kecil dan Tulibas Besar serta Pengerusi JKKK dan ketua-ketua kampung lain turut sama menyertai program ini.

" Maka wajarlah sekiranya saya katakan bahawa program yang dianjurkan oleh MKN dan dijayakan oleh kelima-lima agensi ini amat bermanfaat serta memberi faedah yang tidak ternilai kepada semua kerana setidak-tidaknya kita telah mempunyai maklumat asas mengenai usaha atau peranan yang boleh kita lakukan dalam pengurusan bencana ini, katanya.

Suhaili turut menegaskan program kesedaran bencana ini adalah suatu inisiatif kerajaan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat betapa rakyat juga sebenarnya mempunyai peranan dan tanggungjawab penting untuk bersama-sama kerajaan dalam memastikan kita terus hidup dalam keadaan dan persekitaran yang selamat.

Dengan penganjuran seperti ini maka jelaslah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional ( BN ) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, berwibawa dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyatnya, " katanya.

Selain itu, pendekatan kerajaan sekarang ialah menjurus kepada rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan atau melalui konsep 1Malaysia dalam setiap program atau pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

Turut hadir pada program itu, timbalan Setiausaha Pengurusan Keselamatan MKN , Datuk Che Moin Umar, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu ( Pentadbiran ) En. Juraimin Hj. Jadil dan Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.