Sabtu, Oktober 10, 2009

Aidil Fitri disambut meriah walaupun 1 syawal telah lama berlalu



Turut hadir YB Hj Salleh Kalbi ADR P188 Silam


YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili sedang memberi ucapan pada majlis tersebut

Tungku - Sambutan Aidil Fitri yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Tungku begitu meriah dan dihadiri oleh ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK, pemimpin-pemimpin tempatan, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri. Majlis ini telah dianjurkan oleh Urusetia Daerah Kecil Tungku yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan AJK terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah Kecil Tungku, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Pejabat Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah Tungku dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Tungku.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said dan Ahli Dewan Rakyat P188 Silam Hj. Salleh Hj. Kalbi. Kedua-kedua pemimpin yang hadir ini, adalah simbol perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional di kawasan Silam ini. Pada majlis ini juga dihadiri oleh pelbagai suku kaum seperti suku kaum bajau, iranun, idahan, cina dan india. Ini konsep 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak. Walaupun berbeza bangsa tetapi boleh duduk bersama meraikan sambutan aidil fitri tanpa mengira taraf atau jawatan. Dan ini sememangnya dituntut bagi merealiasikan konsep 1Malyasia. " Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan "

Konsep 1 Malaysia telah wujud dan direalisasikan melalui kepimpinan yang tidak membeza-bezakan taraf jawatan. Sebagai contoh pada majlis hari ini, Ketua Anak Negeri dan Pemaju Mukim boleh duduk bersama-sama Ketua-Ketua Kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK. Dengan situasi begini, ianya menunjukkan bahawa persefahaman di kalangan pemimpin begitu baik dan seterusnya dapat bersama-sama membangunkan daerah Tungku menjadi satu daerah yang terkenal di masa akan datang. Ujar YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili pada majlis tersebut.

YB Datuk memaklumkan bahawa pembangunan di kawasan Tungku begitu banyak seperti projek menaik taraf jalan ke Tambisan, pembinaan Masjid Daerah Tungku yang bernilai RM 3.5 juta yang dianggarkan akan dilaksanakan pada RMK 10, pembinaan Pejabat Urusetia Tungku yang baru, membaik pulih jalan kampung, pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di Tengah Nipah, pembinaan Balai Polis di kawasan Felda, pembinaan pusat kaji selidik Sawit MPOB yang tercantik dan tercanggih di kawasan Pantai Timur Sabah Sarawak dan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut.

YB Datuk memuji dan berbangga dengan kepimpinan dan pentadbiran Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim. Selama 20 bulan beliau mentadbir daerah Tungku, banyak perubahan dan pembangunan dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, YB Datuk memberi gambaran kepada ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK agar mencontohi kepimpinan Penolong Pegawai Daerah Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.