Ahad, Ogos 01, 2010

Lawatan YB Datuk Mohd Suhaili dan Pengarah Besar Felda ke Tambisan

Suhaili dan Pengarah Besar Felda
Tungku - Kerajaan Barisan Nasional ( BN ) adalah kerajaan yang amat prihatin terhadap pembangunan demi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Ini terbukti apabila kerajaan akan menaik taraf jalan dari Felda ke kampung Tambisan melalui agensi Felda yang telah banyak membawa perubahan sosia ekonomi masyarakat di kawasan Tungku.

Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said dan Pengarah Besar Felda Datu' Hj Zulkefle bin Wahab ke kampung Tambisan baru-baru ini, telah memberi impak yang amat ketara, apabila pembinaan dan menaik taraf jalan ke kampung Tambisan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Bergambar bersama ketua kampung Tambisan
Kita berharap, dengan terlaksananya pembinaan jalan bertar ke kampung Tambisan, maka ianya akan dapat menarik minat para pelabur-pelabur untuk datang ke Tambisan bagi mengadakan urusniaga seperti membuka kedai-kedai dan kilang-kilang memproses ikan mentah. Ini sudah tentu akan dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan Mukim Tambisan, kata Suhaili semasa melawat jalan utama Felda ke perkampungan Tambisan.

" Katanya lagi, sesuai dengan Tambisan yang terkenal sebagai pusat memancing  di kawasan Pantai Timur Sabah, maka dengan pembinaan jalan bertar ke Tambisan akan memudahkan kaki-kaki pancing berulang alik dan sudah tentu akan memberi pulangan pendapatan yang lumayan kepada penduduk di kampung Tambisan dengan menyewakan bot-bot kepada pemancing dari luar ".

Jalan yang akan dinaiktaraf sejauh 16 KM dari sempadan Felda ke kampung Tambisan yang bernilai kira-kira RM 10 juta dan akan dilaksanakan oleh Felda Engineering Services Sdn Bhd, salah satu anak Syarikat Felda. Projek pembinaan jalan bertar ke Tambisan ini akan bermula pada hujung tahun ini.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Pengurus Besar Felda Sabah En. Hj. Juany Hj. Salleh, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49
Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.