Sabtu, Ogos 07, 2010

Penduduk Kg. Sinakut menyokong penuh pembinaan Stesen Janakuasa arang batu.

Penduduk Kg. Sinakut yang hadir pada majlis tersebut
Kg. Sinakut - Penduduk Kg. Sinakut menyokong penuh pembinaan Stesen Janakuasa arang batu di Kg. Sinakut / Felda. Menurut wakil penduduk yang juga Imam Rawatib di Kg Sinakut, Tungku, En. Abd Mutalib Alias, penduduk di Kg. Sinakut akan sentiasa berkerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta demi untuk pembangunan Kg. Sinakut.

Sebelum ini, dikatakan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan demi kepentingan politik semata-mata membantah pembinaan Stesen Janakuasa arang batu di Kg. Sinakut. Mereka yang membantah ini adalah bukan dari penduduk di kawasan Tungku, tetapi mereka ini datang dari luar kawasan Tungku.

SUHAILI semasa memberikan ucapan
Yang menghairankan penduduk di Kg. Sinakut, sejak kampung tersebut wujud, tidak pernah ada NGO yang datang ke kg. Sinakut, mengadakan perkelahan, sukaneka dan seterusnya membuat perhimpunan membantah loji tersebut. Tetapi apabila kerajaan mengumumkan bahawa akan dibina satu Stesen Janakuasa arang batu, barulah mereka datang dan menghasut penduduk kampung Sinakut membantahnya.

Adalah tidak adil kepada penduduk di kawasan Tungku, apabila bantahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan orang-orang di kawasan Tungku untuk mengaku bahawa mereka membantah pembinaan loji tersebut.

TERIMA KASIH DATUK - Sumbangan Generator untuk Surau
Segala bentuk pembangunan yang dibawa oleh kerajaan adalah untuk manfaat dan kebaikan rakyat keseluruhannya. Jika kita membantah projek tersebut, maka akan membantut dan melambatkan proses pembangunan di kawasan Tungku, kata YB Datuk Ust Mohd Suhaili ketika menyampaikan sumbangan Generator untuk kegunaan surau di Kg. Sinakut dan bantuan berupa makanan asas kepada penduduk di Kg. Sinakut.

Menurutnya lagi, peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di Kg. Sinakut, khusus di sekitarnya adalah lebih cerah dan ini sudah tentu akan menambah pendapatan penduduk di Kg. Sinakut yang sekarang ini hanya bergantung kepada hasil laut.

A. Nagaraju turut menyampaikan sumbangan
YB Datuk juga menasihatkan kepada penduduk di Kg. Sinakut agar menolak segala rancangan dari pihak-pihak tertentu mengunaakan isu keselamatan dan kesihatan jika pembinaan Loji Janakuasa tersebut diteruskan.

Jika Loji tersebut tidak selamat dan mencemarkan, kenapa di Semenanjung seperti Loji Janakuasa Manjong Perak dan stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk di sekitarnya ?

Oleh itu YB Datuk Suhaili berharap kepada penduduk yang tinggal di Kg. Sinakut agar tidak perlu risau tentang pembinaan Stesen tersebut, dan sebagai ADUN di kawasan Tungku memastikan manfaat dari pembinaan projek ini akan dapat dinikmati oleh semua penduduk di Kg. Sinakut. Kita telah memohon kepada kerjaaan agar sebelum projek ini dilaksanakan, disediakan penempatan baru untuk penduduk Kg. Sinakut yang terlibat.

A. Nagaraju, Ketua MIC Silam
Sementera itu, Pengerusi Persatuan Pengguna cawangan Lahad Datu, A. Nagaraju merangkap Ketua Bahagian MIC Silam, penduduk Kg. Sinakut tidak perlu risau dengan pembinaan Loji tersebut, kerana kerajaan akan sentiasa memantau projek ini semasa pembinaan dan semasa operasi dijalankan.

Saya sebagai pengerusi persatuan pengguna akan sentiasa memantau stesen ini dan sentiasa mendengar segala masalah yang timbul apabila loji tersebut beroperasi. Kenapa kita nak bantah, sedangkan loji tersebut belum dibangunkan lagi ?ujar A.Nagaraju lagi.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di rumah kediaman Imam Abd Mutalib Alias ialah Pengarah Projek Lahad Datu Energy Sdn Bhd En. Ahmad Faraid Yahya, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku OKK Abdillah Hamzah, Ketua-Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung Tanjung Labian/ Sg, Merah/Sinakut Hj. Mahmud Mallang dan Pengerusi JKKK Kg. Sg. Merah/Sinakut En. Raut Bani.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.