Selasa, Ogos 03, 2010

Silabukan akan menjadi Sepang kedua

Abd Hadji Asari menunjukkan tapak cadangan Lapangan Terbang Lahad Datu
Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Lahad Datu, nama Silabukan bukan lagi asing bagi penduduk di bandar Palma.

Salah sebuah mukim kepada Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Tungku yang berkeluasan 4,144 kilometer persegi berdasarkan pewartaan, pastinya Silabukan akan menjadi Sepang kedua di Malaysia sekiranya cadangan membina Lapangan Terbang Baru Lahad Datu di situ akhirnya menjadi kenyataan.

Ini kerana, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Air Asia di Sepang samada mendarat atau berlepas seseorang penumpang kapal terbang akan menyaksikan lautan tanaman kelapa sawit yang menghijau memandangkan kedudukannya di kelilingi sawit.

Airport Lahad Datu ketika ini
Begitu juga halnya dengan Silabukan, umum mengetahui kawasannya begitu banyak dengan tanaman sawit dan andaikata cadangan tersebut menjadi kenyataan maka Silabukan bakal menjadi Sepang kedua kelak.

Cadangan untuk lapangan terbang baru itu telah dikenalpasti iaitu terletak di satu kawasan tanaman kelapa sawit seluas lebih kurang 200 ekar di Silabukan.

Mekipun masih dalam peringkat perbincangan berikutan cadangan untuk lapangan terbang baru itu dibuat di atas tanak milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) tetapi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri sudah pun mengadakan lawatan ke kawasan tersebut tidak berapa lama dulu.

Utusan Borneo yang menjalankan tinjauan secara rambang kelmarin mendapati rata-ratanya bersyukur andai kata cadangan tersebut menjadi kenyataan tentunya satu hadiah besar khususnya kepada penduduk di DUN Tungku yang selama ini memberi sokongan pada kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Datu Baniamin Datu Jamaludin
Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaludin, berharap cadangan membina lapangan terbang baru di kawasan Silabukan akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, katanya, kawasan di situ amat strategi dari segi kedudukan DUN Tungku sebagai pengeluar tanaman kelapa sawit, akuakultur kebangsaan dan rumpai laut.

Sudah pasti, katanya lagi, pelabur yang sudah pun mengenali DUN Tungku akan lebih kerap melabur apabila wujudnya lapangan terbang baru itu.

" Ini merupakan satu hadiah besar kepada penduduk kawasan DUN Tungku yang sentiasa menyokong BN dalam segala hal. Kami amat mengharapkan agar cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Silabukan akan menjadi kenyataan ".

" Istimewanya lapangan terbang baru di Silabukan ialah kerana kedudukannya yang sangat strategi sekaligus menarik kedatangan lebih ramai pelabur dan dengan ini akan menjana ekonomi daerah Lahad Datu, " jelasnya semasa dihubungi.

Kamarudin Hj. Hamid
Sementera itu, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tungku, Kamarudin Hj. Hamid berkata jika cadangan membina lapangan terbang baru di kawasan Silabukan menjadi kenyataan maka akan meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi daerah ini.

Beliau berkata, pelabur dalam dan luar negara akan datang melabur ke daerah ini untuk meneroka bidang perniagaan berasaskan pertanian dan akuakultur.

" DUN Tungku memang terkenal dengan hasil berasaskan pertanian, perikanan seperti akuakultur dan rumpai laut termasuklah perkilangan "

Kalaulah ini menjadi kenyataan maka tentu menjana ekonomi bandar Palma malahan penduduk di DUN Tungku sendiri akan memperoleh hasil yang sangat bagus.

Jesteru, saya amat mengharapkan agar cadangan ini dapat dipertimbangkan demi untuk manfaat penduduk Lahad Datu terutamanya di kawasan Parlimen Silam ini, " katanya.

Pekan Daerah Kecil Tungku
Keluasan Daerah Kecil Tungku berdasarkan pewartaan ialah 4,144 kilometer persegi iaitu 1600 batu persegi merangkumi sebahagian kawasan Segama, Dam, Silabukan, Bakapit, Tungku, Tambisan hingga ke Kuala Meruap dan Sebahagian daripada mukim Temanggong.

Jumlah penduduknya adalah 77,000 orang terdiri dari suku kaum Bajau, Dusun Begahak, Idahan, Iranun, suluk dan lain-lain.

Sempadan daerah asal diwartakan pada 1 jun 2007. Pengwujudan Daerah Kecil Tungku ini diluluskan oleh Kabinet pada mac 2008.

Berhadapan Laut Celebes dengan topografi berbukit-bukau dengan Begahak Range mencapai ketinggian 760 meter dan tanah-tanah rendah hingga ke semenanjung Dent.

Tungku adalah salah satu daerah di pantai timur Sabah yang terkenal dengan pengeluaran minyak sawit dan agar-agar ( Rumpai Laut ).

Ekonomi Tungku adalah berasaskan pertanian, perikanan dan perkilangan di mana Felda berada di dalam DUN Tungku yang merupakan antara Felda yang terbesar di negara ini.

Sumber : Utusan Borneo 3 ogos 2010

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.