Ahad, Ogos 08, 2010

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

RASMI - Pembukaan KHD-Tungku FFB Collecting oleh SUHAILI
Tungku - Golongan belia dan beliawanis perlu berpandangan jauh memandangkan matlamat kerajaan menjelang Wawasan 2020 mahu melahirkan insan berilmu pengetahuan serta mahir dalam setiap bidang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) N49 Tungku, Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, berpandangan jauh mampu melahirkan karisma kepimpinan seseorang sebab ciri-ciri seperti itulah diyakini akan menjadikan sesebuah negara dihormati.

Beliau berkata keupayaan sesebuah negara membangun dengan pantas sebab belianya tidak suka membuang masa, sebaliknya setiap peluang yang disediakan tidak dipersiakan malah diterokai penuh minat.

Sharudin menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Suhaili
Katanya, kalaulah golongan belia mengambil iktibar terhadap kemajuan negara lain, maka tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia jauh lebih maju malah sebelum perancangan Wawasan 2020 maka negara ini akan memiliki belia berkemahiran serta berilmu pengetahuan dalam segala bidang.

" Ini yang kita mahu, memandangkan Wawasan 2020 yang dirancang kelak memerlukan golongan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jati diri sekali gus meletakkan mereka sebagai masyarakat yang berdaya saing", jelasnya.

Suhaili berkata demikian ketika berucap merasmikan sebuat pusat memungut buah sawit dimiliki Syarikat KHD-Tungku FFB Collecting di Kampung Mambatu, Jalan Tungku kira-kira 70 kilometer dari bandar Lahad Datu baru-baru ini.

Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) itu turut menasihatkan belia di Tungku terutamanya supaya merebut peluang yang ditawarkan kerajaan.

Ini katanya, banyak peluang ditawarkan khususnya dalam industri pertanian pelbagai kaedah perniagaan boleh dijalankan asalkan seseorang itu berminat untuk menerokai peluang terbuka luas.

Sambil memuji sikap Pengerusi KHD - Tungku FFB Colecting, Sharudin Rosevelt yang berani membuka sebuah pusat memungut buah sawit di Kampung Membantu.

Katanya, keberanian Sharudin wajar dicontohi kerana di usia muda sudah cenderung untuk membuka perniagaan sendiri.

Sempat beramah mesra dengan penduduk Kg. Mambatu
" Tahniah saya ucapkan kepada saudara Sharudin atas berkat kesungguhannya selama ini telah berjaya membuka sebuah pusat memungut buah sawit."

" Saya fikir, ia satu teladan yang baik bagi membolehkan belia-belia lain juga turut mengikut jejak Sharudin, " jelasnya.

Suhaili berbangga dengan sikap Sharudin yang tidak suka membuang masa malah mencari jalan untuk memajukan diri dengan mengambil keputusan membuka pusat itu.

Ujarnya, ini bermakna Sharudin nampak peluang di hadapan mata yang perlu diterokai tanpa perlu pergi jauh semata-mata untuk merubah hidup.

Semua orang tahu Tungku merupakan sebuah tempat paling banyak dengan tanaman kelapa sawit dan Sharudin tidak mensia-siakan peluang di depan mata, "katanya.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.