Jumaat, Ogos 06, 2010

Program Minggu Penyusuan Susu Ibu Klinik Kesihatan Tungku

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said
Tungku – Program Minggu Penyusuan Susu Ibu Klinik Kesihatan Tungku yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Tungku dengan kerjasama Ahli Kumpulan sokongan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Klinik Kesihatan Tungku dan Ahli Panel.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Anggota Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Bin Hj. Hamid, Dr, Adlan Suhaimi Hj. Ahmad Pegawai Perubatan Pejaba Kesihatan Kawasan Lahad Datu, YM Puan. Raja Norrima Raja Arrif, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Lahad Datu, Dr. Ngaesah Hamed Doktor KK Tungku, Ketua Anak Negeri Hj. Abd Malek Hj, Aidala, En. Mukmin Bin Anghai, En. Allen Kiang, Datu Ramlie Datu Mayong, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK kawasan N49 Tungku.

Antara pemimpin yang hadir pada program tersebut
Menurut YB Datuk Suhaili, program sebegini adalah amat penting untuk memberi pendedahan kepada Ibu-Ibu menyusukan anak mereka. Salah satu objektif program ini adalah untuk menyeru para ibu memberi penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Suhaili berharap agar pemimpin-pemimpin masyarakat di akar umbi hendaklah mengambil inisiatif
untuk bekerjasama dengan doktor dan pembantu perubatan di kawasan Tungku bagi mengadakan program-program di kampung-kampung kerana ramai masyarakat di kawasan Tungku memerlukan rawatan perubatan disebabkan mereka-mereka ini tidak dapat hadir ke Klinik Kesihatan kerana menghadapi masalah kesihatan yang serius.

YB melawat bilik penyusuan susu Ibu Klinik Kesihatan Tungku
Tambahnya lagi, sebagai ketua masyarakat di sesebuah kampung, adalah menjadi tanggungjawab untuk membuat pendedahan kepada penduduk kampung tentang pentingnya menjaga kesihatan. Tanpa kesihatan yang baik, maka ianya akan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita.

Oleh itu, apabila pihak jabatan kesihatan mengadakan program sebegini, ketua-ketua masyarakat di setiap peringkat kampung hendaklah hadir dan sama-sama melibatkan diri bagi menambah pengetahuan tentang menjaga kesihatan, ujarnya pada program tersebut.

Sementera itu, YB juga memaklumkan bahawa sistem perubatan yang diamalkan di negara ini, adalah diantara yang terbaik di dunia bagi memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Persembahan tarian igal-igal dari kanak-kanak  Kg. Telisai
Ini disebabkan kerana, dengan kos perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh Malaysia adalah yang paling rendah iaitu hanya RM 1.00 sahaja sekali rawatan perubatan. Bertapa bertuahnya kita pada hari ini, dengan pelbagai kemudahan yang diperolehi tanpa perlu mengeluarkan belanja yang tinggi.

Kita juga sedia maklum bahawa, pelbagai bentuk pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Tungku pada hari ini, seperti pembinaan klinik-klink kesihatan, pembinaan Loji Air Tungku, menaik taraf jalan ke jalan Primix ( Aspal ) dan sebagainya.

AKSI bergambar bersama YB Suhaili
Dengan demikian, Suhaili berharap agar rakyat di kawasan Tungku ini menyokong kerajaan yang ada pada hari ini demi untuk kesinambungan pembangunan yang berterusan.

Kita tidak seharusnya mendengar pelbagai dakyah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang, kerana segala tuduhan dan tohmahan pihak pembangkang adalah sekadar meraih simpati untuk mendapatkan sokongan  seterusnya mengidamkan kuasa dan tidak memikirkan masalah rakyat keseluruhannya.

SUHAILI menerima cenderahati daripada Dr. Adlan Suhaimi
Ini terbukti apabila di negeri Selangor yang kini diperintah oleh pihak pembangkang tidak dapat menguruskan pelbagai masalah yang timbul melibatkan rakyat dan lebih-lebih lagi masalah pengurusan pasir yang kini telah berlarutan sampai tidak ada penyelesaiannya.

" Jangan hanya kerana memikirkan diri sendiri kita mengadai maruah untuk kita menyokong pembangkang yang terbukti tidak boleh menguruskan negara, katanya lagi.".

Pelbagai persembahan yang diadakan pada program tersebut seperti tarian igal-igal dari kanak-kanak kampung Telisai, pertandingan ratu ibu hamil, tarian Poco-Poco dari Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu ( AKSI ), cabutan bertuah dan persembahan puisi dan sajak oleh anak-anak ( AKSI ).

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.