Jumaat, Ogos 27, 2010

Majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan penyampaian sumbangan Zakat

Penerima bantuan Zakat di kawasan Silabukan dan Segangan
Tungku - Majlis berbuka puasa bersama pemimpin kawasan Tungku dan penyampaian sumbangan Zakat yang diadakan di Masjid Al-Mukminin, Kg. Remang adalah salah satu kalender tahunan acara untuk pemimpin tempatan Tungku bersama YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili sempena bulan ramadan pada setiap tahun.

Seramai 84 orang fakir miskin di sekitar kawasan Silabukan dan Kg. Segangan menerima bantuan Zakat berupa wang tunai sebanyak RM 200.00 seorang  dan sekampit beras yang disumbangkan sendiri oleh YB Datuk Suhaili.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal-Ehwal agama Islam Lahad Datu dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Al-Mukminin.

Suhaili menyampaikan tazkirah di majlis tersebut
Menurut Suhaili, majlis ini akan diadakan disetiap zon yang telah dibahagi-bahagikan oleh pihak JHEAINS di mana setiap fakir miskin di kawasan Tungku akan menerima bantuan yang sememangnya amat diperlukan apatah lagi umat Islam akan menyambut aidil fitri tidak lama lagi.

Suhaili juga berkesempatan pada majlis tersebut  menyarankan agar semua imam-imam yang telah dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ) dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai bacaan Al-Quran. Ianya amat penting bagi imam-imam dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi.

Salah seorang penerima bantuan
Peranan imam-imam amat penting di dalam sesebuah kampung kerana merekalah yang akan menjadi contoh kepada masyarakat di kampung tersebut, ujar Suhaili semasa menyampaikan tazkirah agama di Masjid Al-Mukminin.

Selepas menyampaikan bantuan kepada fakir miskin , Suhaili bersama-sama pemimpin-pemimpin dan masyarakat di kawasan Silabukan berbuka puasa dan seterusnya solat fardu maghrib berjemaah dan diakhiri solat sunat Tarawih yang diimamkan sendiri oleh YB Datuk Suhaili.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penolong Pengawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat ( PKR ) N49 Tungku Datuk Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Agama JHEAINS Lahad Datu En. Ghaspar Sari, CDO Tungku En. Kamarudin Haji Hamid dan ketua-ketua kampung serta pengerusi-pengerusi JKKK kawasan mukin Silabukan.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.