Sabtu, Julai 31, 2010

Majlis makan malam YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said dan Y.Bhg Datu' Hj. Zulkefle Wahab Pengarah Besar Felda bersama warga Felda Sahabat

Felda Sahabat - Majlis meraikan dan makan malam YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Anggota Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Ahli Lembaga Pengarah Felda dan Pengarah Besar Felda Datu' Hj. Zulkefle bin Nasir bersama-sama warga Felda di dewan Semai Bakti Desa Kencana semalam.

Kunjungan dan lawatan Y'Bhg Datu; Hj. Zulkefle Nasir bersama rombongan dari Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur adalah untuk melihat dan melawat kawasan Felda di Sabah iaitu Felda Umas dan Felda Sahabat.

Hj. Juany Hj. Salleh
Menurut Pengurus Besar Felda Sabah, Hj. Juany Hj. Salleh, Datu' Zulkefle Nasir adalah salah seorang perancang dan membangunkan Felda Sahabat di mana beliaulah orang pertama datang ke Sabah iaitu Felda Sahabat pada tahun 1979 dan 1980 untuk membuka tanah-tanah rancangan Felda yang sehingga kini telah menjadi kenyataan dengan pembangunan yang dapat kita saksikan.

Tambahnya lagi, tanpa perancangan daripada Y Bhg Datu' Pengarah tidak akan wujudnya Felda Sahabat pada hari ini. Sumbangan dan wawasan Y Bhg Datu' adalah salah satu faktor berjayanya pembangunan Felda di Sabah khususnya.

Tarian sambut tamu meraikan rombongan YBhg Datu' Zulkefle
Oleh itu, Juany berharap agar generasi muda Felda hari ini, hendaklah memanfaatkan segala bentuk pembangunan di kawasan Felda bagi mengwujudkan perkembangan ekonomi yang mampan, ujarnya lagi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada masyarakat Tungku seperti tarian Bilok ( Tarian Tradisional suku kaum Idahan/Dusun Begahak ), tarian Igal-Igal ( Suku Kaum Bajau ) dan tarian beberapa persembahan tarian warga Felda Sahabat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Soh Kim Yaw, Pengurus Besar Felda Plantation Sdn Bhd Sahabat, Ahli Lembaga Pengarah Felda, Timbalan Pengerusi JKKKR Sabah En. Abu Haris Masahuddin, pengurus-pengurus anak syarikat Felda Sabah, pengurus-pengurus tanah rancangan Felda Sabah dan pegawai UPKR N49 Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.