Ahad, Julai 25, 2010

Majlis Perasmian Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat.

RASMI - Acara pemotongan riben sebagai simbolik perasmian
Tungku - Majlis perasmian Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat yang dirasmikan oleh Ketua Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim. Perasmian tersebut di adakan di perkarangan Balai Polis Cenderawasih yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan Tungku dan pegawai-pengawai serta petugas-petugas Felda Sahabat.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan balai polis baru di Cenderawasih Felda Sahabat yang bernilai RM 8.4 juta,dekat sini, kelmarin, beliau meminta orang ramai bekerjasama dengan pasukan polis dalam semua aspek.

Antara pemimpin  yang hadir pada perasmian tersebut
Sambil menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mereka yang merosakkan nama baik pasukan Polis, beliau berkata sokongan dan kerjasama orang ramai amat diperlukan.

Sehubungan itu, beliau meminta pegawai kanan dan anggota polis mengambil pendekatan mendampingi masyarakat secara berterusan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi tugas-tugas polis selain mendapatkan maklumat bagi membenteras kejadian jenayah.

" Saya telah mengarahkan pegawai dan anggota polis untuk mendampingi rakyat dalam aktiviti sosial serta mendapat maklumbalas daripada masyarakat setempat, " ujarnya.

Gambar kenangan bersama Datuk Noor Rashid

Beliau berkata adalah penting untuk mewujudkan suasana kondusif, dengan membuat masyarakat merasakan kehadiran pegawai serta anggota polis dapat mewujudkan persefahaman antara dua pihak.

Pelbagai acara diadakan sempena majlis perasmian tersebut termasuk kawad dan gimik tugas-tugas Polis mencegah jenayah yang mengujakan kepada masyarakat yang hadir.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Hj. Datu Nasrun Datu Mansur merangkap ADUN N50 Lahad Datu, ADUN N49 Tungku Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said merangkap Ahli Lembaga Pengarah Felda, Pengurus Besar Felda Sabah Hj. Juany Hj. Salleh, Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu En. Juraimin Hj. Jadil.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.