Sabtu, Februari 13, 2010

Program Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan

Sabah Baru – Kita adalah umat yang terbaik dijadikan oleh Allah s.w. t di muka bumi ini bagi menjalankan perintah dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap umatNya. Dalam kita menjalankan kehidupan sehari-harian adalah penting muafakat dan persefahaman bagi melahirkan suasana yang harmoni dan aman tenteram. Walaubagaimanapun, tanpa ilmu yang mencukupi sebagai pembawa kepada keharmoniann tersebut, maka kita tidak akan mencapai persefahaman dan perpaduan yang jitu. Kursus Pengurusan Jenazah ini amat penting, kerana ianya dapat menambahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan Jenazah di kalangan penduduk kampung, kerana jika ada orang meninggal, maka ramai yang boleh membantu imam-imam dan AJK masjid mengurus jenazah tanpa perlu mengambil imam dari luar, kata Suhaili pada majlis program pengurusan Jenazah anjuran Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah En. Aisal Mali Pengawai Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan, Pemimpin Kemajuan Rakyat Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Asari, Wakil Ketua Anak Negeri Hj. Tikson Hj Kassim dan Abd Rahman Basar.

Program ini telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan di mana telah di adakan di Masjid Al-Muttaqien, Kg. Sabah Baru . Seramai 100 orang peserta kursus menghadiri kursus tersebut yang terdiri dari penduduk kampung Sabah Baru dan di sekitarnya.

YB Datuk juga mengesorkan kepada Yayasan Sabah agar mengadakan kursus-kursus jahitan, memasak dan kursus perkahwinan. Kursus seperti ini adalah penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mentadbir rumahtangga supaya melahirkan genarasi yang berkualiti dalam proses pembangunan ummah keseluruhannya.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.