Rabu, Februari 17, 2010

Kerajaan Barisan Nasional komited membasmi kemiskinan dan membantu rakyat


Tungku – Kerajaan begitu komited dalam membasmi kemiskinan yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai usaha dan perancangan telah di laksanakan untuk merealisasikan sasaran membasmi kemiskinan sifar akhir tahun 2010 oleh kerajaan. Salah satu contoh perlaksanaan pembasmian kemiskinan ini ialah projek ternakan ikan dalam sangkar di mana peserta yang terlibat adalah dari golongan yang diketegorikan miskin tegar.

Usaha ini menampakkan hasil di mana seramai 30 orang peserta projek ternakan ikan dalam sangkar di kawasan Mukim Tambisan, Tungku mendapat manfaat dengan menerima tawaran perlaksanaan projek ini. Projek ini dianggarkan berjumlah RM 380,000.00 yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan diseliakan oleh Pejabat Daerah Kecil Tungku dan Pejabat Perikanan Daerah Lahad Datu yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan En, Talib Hasan.

Pengambilan peserta projek ternakan ikan dalam sangkar ini telah dilaksanakan melalui proses temuduga dengan merujuk dan berpandukan daripada senarai e-kasih, di mana penemuduga adalah terdiri dari Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Zulkifli Nasir, Penolong Pengawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pegawai Pejabat Pembangunan Sabah Cik Nina Aidil, Pemimpin Kemajuan Rakyat N50 Lahad Datu En. Aljen Joney dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid. Oleh yang demikian sasaran dan matlamat kerajaan tercapai bagi membasmi kemiskinan, dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk di masa akan datang.

Pada majlis taklimat kepada peserta projek ternakan ikan dalam sangkar yang di adakan di Pejabat Daerah Kecil Tungku, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menyeru dan mengingatkan kepada semua peserta agar memanfaatkan sebaik-baiknya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup.

Kalau kita hendak maju, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, kerana setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan, kata suhaili pada majlis taklimat projek perternakan ikan dalam sangkar baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Penguasa Perikanan Daerah Lahad Datu, En. Talib Hasan, Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah, En. Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin, Pegawai Jasa Parlimen Silam En. Salleh Asah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.