Ahad, Februari 14, 2010

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili turun padang bagi berjumpa masyarakat di Kg. Sg. Merah

Menurut Pengerusi JKKK Kg. Sungai Merah/ Sinakut En. Raut Bani, Kehadiran YB Ke Kg. Sg. Merah amat dialu-alukan oleh penduduk Sg. Merah. YB Datuk Suhaili seorang yang berjiwa rakyat dan senang didampingi. Saya amat bersyukur kerana Tungku mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dan kawasan Tungku keseluruhannya. Saya dan penduduk di Kg. Sg,. Merah akan sentiasa menyokong kepimpinan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili.
Kg. Sg Merah- Tungku 14 feb 2010, satu majlis bersama rakyat telah diadakan bagi di kanpung Sungai Merah, Tungku. Majlis ini diadakan untuk mendengar dan saling bertukar pendapat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Selain itu, YB Datuk memaklumkan bahawa pemilihan Ketua Kampung (KK) dan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berdasarkan parti pimpinan UMNO bagi kampung tersebut di sini.

Majlis yang penuh kemeriahan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mejar (K) Ustaz Mohd Suhaili Hj Said merangkap Presiden majlis hal ehwal anak negeri Sabah.

Menurut beliau rakyat seharusnya bersatu padu dan bersama-sama pemimpin untuk memperbanyakkan lagi ahli dalam parti dan mengukuhkan lagi tahap kepimpinan parti komponen Barisan Nasional. Bukan itu sahaja, beliau juga dengan berbesar hati untuk memperkenalkan pemimpin di peringkat Tungku yang hadir pada majlis tersebut.

Sebagai presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan hak anak tempatan tidak terabai, dengan memastikan kampung yang diduduki akan di gazet atau diwartakan sebagai tanah perkampungan. Beliau juga merangka untuk mengadakan kempen bagi mengambil ahli baru UMNO bagi menguatkan lagi parti UMNO secara keseluruhannya.

Yang Berhormat juga berharap kepada semua bekas ahli UMNO yang berpaling arah agar kembali ke UMNO kerana di kawasan Parlimen Silam ini diwakili sepenuhnya oleh wakil rakyat UMNO yang di pilih melalui Piliharaya . Oleh yang demikian, YB Datuk menyeru kepada penduduk Kampung Sungai Merah memberikan sokongan yang padu kepada Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno dalam kepimpinan Negara pada hari ini.

Hadir mengiringi YB Datuk pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Hj. Abd Malek Hj Aidala, En. Mukmin Anghai, Pemaju Mukin Tungku, En Hj. Abd Kayum Hj. Omar, Pemaju Mukin Silabukan En. Abd Hadji Asari, Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran, Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Pn. Naimah Abd Gafar, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku Hj. Tikson Kassim, Kamsit Asat dan Eb. Abd Raman Bin Basar.

Terdahulu YB Datuk menghadiri majlis Taklimat Cawangan Umno 2010 kawasan N49 Tungku di Dewan Sri Nalaja di Kg. Telisai di mana telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Umno P188 Silam Datuk Hj Datu Nasrun Bin Datu Mansor.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.