Sabtu, Februari 27, 2010

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Tungku 27 Feb – Perpaduan ummah adalah asas kepada keharmonian negara. Jika kita tidak bersatu-satu dan memantapkan ukhuwah kita tidak akan aman dan dibuktikan pada hari ini, apabila negara kita menjadi sebuah negara yang aman dan sentiasa dicontahi oleh negara-negara dari luar.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 H peringkat Daerah Kecil Tungku marilah kita bersama-sama berubah kearah mengeratkan hubungan persaudaraan dan kita ketepian soal-soal yang boleh menimbulkan perpecahan ummah di kawasan Tungku ini. Orang-orang terdahulu dari kita apabila menyambut maulidur rasul, mereka merayakan dan memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w dengan penuh keinsafan atas perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam sehingga ke hari ini, kata Suhaili pada majlis tersebut dan seterusnya merasmikannya.

Seramai 1000 orang hadir pada sambutan tersebut yang disertai oleh 13 kontenjen sepanduk dari seluruh kawasan Tungku yang di ketegorikan 2 ketegori  iaitu ketegori Kampung/Ladang/Masjid/Surau dan Jabatan Kerajaan / Swasta/Badan berkanun/sekolah. Pertandingan sepanduk ini dipengerusikan oleh Ustaz Nazri Nazwir dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz-ustaz  di sekolah di daerah Tungku  untuk mengadili dan membuat penilaian kontenjen secara keseluruhannya.

Tokoh maulidur Rasul 1431 H disandang oleh Hj. Mahmod bin Mallang ketua kampung Tg. Batu merangkap jurunikah kariah Tanjung Labian / Tambisan. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai imam Kariah di kawasan Tanjung Labian dan bersara pada tahun 2008. Pemilihan tokoh maulidur rasul ini adalah di pilih melalui satu ahli jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh En. Gaspar Sari penolong pegawai Tadbir agama Lahad Datu dan beberapa AJK yang dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah cawangan Lahad Datu/Tungku.

Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan kompang oleh belia-beliawanis Felda Sahabat 2 dan persembahan Nasyid dari Felda Sahabat 16 yang pernah mewakili daerah Kecil Tungku ke pertandingan Nasyid peringkat Zon Pantai Timur di Kunak. Turut diadakan ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Ikhwan Asadi pendakwah bebas USIA yang dibawakan khas oleh Ketua Bahagian Usia Tungku En. Abd Hakim Ghulam Hasan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku selalu Pengerusi sambutan En. Ibrahim Abd Hakim, Pengurus Besar Felda Sabah En. Hj. Juany Hj. Salleh, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pengurus Ladang Felda Sahabat 2 En. Yusof Hj. Ismail, Ketua Bahagian USIA Tungku En. Abd Hakim Ghulam Hasan, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, En. Abd Malek Hj. Aidala, En. Mukim Anghai dan En. Allen Kiang.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.