Selasa, Mac 02, 2010

Seminar Sehari 1 Malaysia Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina di Daerah Kinabatangan.

Kinabatangan 2 Mac – Seminar sehari 1 Malaysia yang diadakan di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan adalah untuk memberi penekanan kepada ketua-ketua kampung mengenai peranan mereka di kampung masing-masing. Selain itu, ianya menjelaskan kepada ketua-ketua kampung mengenai konsep 1 Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak.

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said berkata, slogan 1 Malaysia ini membawa mesej perpaduan, kerana tanpa perpaduan kita akan berpecah belah. Ketua-ketua kampung hendaklah sentiasa turun padang dan memaklumkan serta memberikan maklumat mengenai konsep 1 Malaysia di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dengan menerapkan bahawa kalau kita bersatu-padu kita akan utuh, tetapi jika kita berpecah belah maka akibatnya akan berlakulah ketidakharmonian di kalangan masyarakat keseluruhannya.

Majlis seminar sehari tersebut telah dirasmikan oleh YB En. Saddi Abd Rahman ADUN N48 Sukau. Hadir sama Pengarah MHEANS Datuk Hj. Awang Sharin Alimin, Penolong Pegawai Daerah Kinabatagan En. Jenin Jemin, ketua Daerah Sukau OKK Titing Patung dan ketua daerah Togod.

Sebelum itu, YB Mejar ( K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili telah mengadakan lawatan ke Gua Gomantong bersama-sama pegawai-pegawai Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku terdiri dari Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin dan En. Datu Sahar Datu Jamaluddin. Lawatan tersebut adalah untuk melihat keunikan dan keindahan Gua Gomantong yang terkenal dengan sarang burungnya.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.