Jumaat, Mac 12, 2010

Pengambaran RTM di Tungku segmen Indahnya Negeriku ( Lambai Limbai )

Pada 6hb. Mac. 2010 krew RTM dari Kota Kinabalu telah mengadakan pengambaran segmen indahnya negeriku dalam siaran Lambai Limbai di Tungku yang akan ke udara dan disiarkan pada setiap hari selasa jam dua petang di TV 1. Krew RTM ini diketuai oleh En. Ares Arafa selaku penerbit rancangan Lambai Limbai.

Pengambaran pertama RTM di Tungku ialah di Felda Sahabat semasa perarakan sambutan maulidur Rasul peringkat Felda Sahabat yang dihadiri oleh semua petugas-petugas rancangan Felda di kawasan Sahabat dan dan penyertaan kontinjen sepanduk seramai 27 kontinjen. Seramai 2000 orang yang hadir pada sambutan tersebut.

Setelah pengambaran selesai di Felda Sahabat, krew RTM ke kawasan Pekan Daerah Kecil Tungku untuk membuat pengambaran mengenai pembangunan di Tungku. Selepas itu, krew RTM membuat pengambaran di Tanjung Labian dengan menyaksikan persembahan dari pelbagai suku kaum di Tungku iaitu tarian Igal-Igal suku kaum Bajau, tarian tradisional suku kaum Dusun Begahak ( Gilok ), tarian suku kaum Indahan, memperkenalkan pakaian suku kaum Bajau, Dusun Begahak dan Idahan.

Uniknya pada pengambaran RTM di Tanjung Labian, makanan tradisi orang-orang bajau turut diperkenalkan iaitu makanan sinagol, putu dan kuih-muih. YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said turut hadir bersama-sama krew RTM, pemimpin-peminpin tempatan dan penduduk di kawasan Tanjung Labian menjamu selara.

Seterusnya krew RTM membuat pengambaran di Tanjung Atiam yang terkenal sebagai Titik Rujukan Paling Timur di Malaysia yang telah diwartakan oleh pihak JUPEM pada 15 september. 2004. Titik rujukan ini digunakan sebagai stesen menentukan kedudukan Anak Bulan dan Takwim Hijri Malaysia. Tanjung Atiam berada di kawasan Mukim Tambisan yang terletak berhampiran pantai Dent Heaven, Kg. Tagupi, Tungku.

Krew RTM dan rombongan UPKR N49 Tungku memulakan perjalanan dari Bandar Lahad Datu pada jam 2.30 subuh untuk perjalan ke Tanjung Atiam bagi melihat terbit matahari yang pertama di Malaysia. Kami sampai di Tanjung Atiam pada 5.20 subuh dengan di sambut oleh Ketua Kampung Tagupi En. Abd Rahim Omar dan Ketua Kampung Lok Buani En. Roslan Abd Hamid. Setelah menunggu hampir setengah jam kemudian, matahari mula terbit tetapi oleh kerana cuaca pada pagi tersebut kurang memuaskan, matahari dilindungi awan tebal, kami tidak dapat melihat sepenuhnya suasana matahari terbit di Tg. Atiam.

Setelah selesai pengambaran RTM di Tanjung Atiam, kami bersama krew RTM ke Pantai Dent Heaven untuk melihat keindahan pantai tersebut. Dengan pantai yang mempunyai pasir berwarna putih ditambah keindahan pantai yang panjang adalah berpotensi dijadikan pusat perlancongan.

Pengambaran RTM diteruskan ke Tanjung Labian dengan menaiki bot untuk melihat destinasi memancing dan penangkapan ikan yang terkenal di kawasan Tungku. Tidak dapat dinafikan bahawa Tungku mempunyai tempat yang terkenal dengan destinasi memancing bagi memperkenalkan kepada kaki-kaki pancing dari luar.

Pengambaran seterusnya ialah di Jeti Felda Sahabat 16 dengan membuat pengambaran temuramah YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said. Turut hadir pada temuramah tersebut ialah semua pegawai Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Ketua Anak Negeri Tungku, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan Tungku Seterusnya kami bersama Krew RTM dan rombongan YB Datuk ke Kg. Nala bagi membuat pengambaran mengenai perusahaan Rumpai Laut ( Agar-Agar ).

Keesokan harinya, Krew RTM membuat pengambaran terakhir di Pejabat Daerah Kecil Tungku. Selepas pengambaran di Pejabat Daerah Kecil Tungku krew RTM bergerak balik ke Kota Kinabalu.

Rancangan Lambai Limbai Segmen Indahnya Negeriku di Tungku akan disiarkan pada 6hb. April. 2010 selesa jam 2.00 petang. Kepada penduduk di kawasan Tungku dan rakyat di seluruh Malaysia saksikanlah keindahan di kawasan Tungku.

Jangan lepaskan peluang……!!!!

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.