Isnin, Mac 29, 2010

Majlis penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Daerah Tungku

Tungku 29hb.Mac.2010 - Majlis penyerahan perlantikan Ketua Daerah Tungku yang baru yang disampaikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah kepada En. Abdillah bin Hamzah di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Tungku.

Perlantikan En. Abdillah Hamzah ke jawatan Ketua Daerah tersebut adalah satu sejarah buat daerah Tungku kerana salah satunya perlantikan jawatan yang pertama di Tungku. Dengan perlantikan ini, maka ianya akan membawa satu bentuk perubahan kepada sistem pentadbiran hal-ehwal anak negeri di kawasan Tungku. Sebelum ini, En. Abdillah Hamzah telah pernah memegang pelbagai jawatan seperti Ketua Kampung, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Anak Negeri.

Menurut YB Datuk Suhaili, perlantikan ini adalah atas dasar keperluan jawatan tersebut di mana dengan kewujudan dan kepelbagaian suku kaum di Tungku, maka adalah tepat dan bersesuaian bagi memenuhi pelbagai adat istiadat setiap suku kaum.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Perhubungan P188 Silam En. Chong Su Vun, Ketua Bahagian PBS Tungku En. Bulungan Panasi, ketua-ketua anak negeri, ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK kawasan N49 Tungku.

Sebelum itu, YB Datuk turut hadir pada mesyuarat sambutan Pesta Keamatan peringkat Daerah Kecil Tungku yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim. Ahli Jawatan Kuasa Sambutan Pesta Keamatan Peringkat Daerah Kecil Tungku menetapkan pada 15hb. Mei. 2010 majlis tersebut diadakan di Kg. Manar, Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.