Khamis, April 01, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kecil Tungku 1431 H

Kg. Mundas - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kecil Tungku 1431 H yang diadakan di Masjid Nur Imam, Kg. Mundas secara sederhana bagi memilih peserta Qari dan Qariah ke peringkat Negeri. Seramai 6 orang peserta yang memperdengarkan bacaan masing yang mewakili setiap Zon di Tungku.

Johan Qari majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kecil Tungku ialah wakil dari Zon Silabukan En. Jinirol bin Binsali dengan mendapat markah 78 %. Manakala johan Qariah pula disandang oleh Puan Kartini binti Madung mewakili Zon Felda dengan memperolehi markah 77 %.

Hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah, Ustaz Mohamad Tassawuf  bin Hasan Penolong Pegawai Tadbir Agama, JHEAINS Lahad Datu, Pengerusi Masjid Nur Imam, Kg. Mundas, En. Allen Kiang, Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abd Malek Hj. Aidala dan Wakil Ketua Anak Negeri Datu Ramlie Datu Mayong serta Datu Ibrahim Datu Karim.

Ibrahim berkata dalam ucapannya, dengan adanya majlis Tilawah yang diadakan pada setiap tahun, maka ianya akan dapat memberi ruang kepada Qari dan Qariah dari Tungku memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya mewakili Tungku ke Peringkat Negeri. Salah satu objektif majlis ini adalah merapatkan hubungan silaturahim di antara pemimpin dan masyarakat setempat. Lazimnya apabila majlis seperti ini diadakan, maka ianya akan memberikan satu hala tuju memperkukuhkan perpaduan dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.