Ahad, April 11, 2010

Taklimat 1 Malaysia dan MARA anjuran UPKR N49 Tungku

Tungku - Talimat 1 Malaysia dan Mara yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku yang diadakan di bilik mesyuarat Pejabat UPKR N49 Tungku yang dihadiri oleh pengerusi-pengerusi JKKK kawasan Tungku. Taklimat 1 Malaysia yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Lahad Datu En. Abd Aziz Ghani dan taklimat MARA disampaikan oleh En. Mohd Azhar Mohamed Pegawai MARA Daerah Lahad Datu.

Dalam taklimat tersebut, En, Aziz memberikan taklimat yang bertajuk 1 Malaysia " Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ". Tajuk ini penting kepada pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi seperti Pengerusi JKKK untuk disampaikan kepada masyarakat di tempat masing-masing. Tidak ada gunanya kita melaung-laungkan konsep 1 Malaysia tetapi tidak melaksana dan merealisasikannya serta menterjemahkan nya untuk difahami oleh rakyat. Tanggungjawab pemimpin-pemimpin diperingkat kampung menyampaikan konsep ini dan adalah wajar pengerusi-pengerusi JKKK berperanan bersama-sama Ketua-ketua kampung sebagai jentera kerajaan diperingkat akar umbi.

Apabila kita menyebut 1 Malaysia iaitu menggariskan lapan nilai sebagai teras bagi mendukung matlamat berkenaan - Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Integeriti dan Pendidikan.Oleh yang demikian, dengan 8 nilai tersebut di atas maka ianya akan dapat memberi panduan dan hala tuju untuk memimpin bagi merealisasikan konsep 1 MALAYSIA.

Taklimat MARA diadakan bagi memberi kefahaman kepada pengerusi-pengerusi JKKK kawasan Tungku mengenai pelbagai aktiviti-aktiviti MARA seperti perniagaan, pinjaman dan sebagainya. Pengerusi-pengerusi JKKK hendaklah sentiasa mengetahui perkembangan semasa mengenai pelbagai aktiviti-aktiviti agensi-agensi kerajaan seperti MARA, Jabatan Pertanian, MPOB dan lain-lain yang  boleh memberi pulangan pendapatan kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

YB berharap agar pengerusi-pengerusi JKKK yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi menyahut gagasan 1 Malaysia. Slogan Bersih, Cekap dan Amanah adalah menjadi asas kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin di semua peringkat.  Jesteru itu, pemimpin yang telah dilantik hendaklah sentiasa menjaga sikap dan tabiat agar dicontohi oleh masyarakat setempat. Kita tidak boleh menjadi pemimpin jika kita tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Taklimat ini diadakan bagi memberikan satu gambaran yang tepat kepada pengerusi-pengerusi JKKK di kawasan Tungku mengenai matlamat kerajaan agar rakyat pada hari ini bersatu padu dan mengamalkan sikap keterbukaan bagi menjamin keamanan dan kesejehteraan negara, ujarnya lagi.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.