Rabu, April 14, 2010

Peneroka Felda mendapat manfaat sepenuhnya daripada FELDA

Saya ingin memberi komen mengenai beberapa pihak yang membuat pelbagai tuduhan liar dan tidak mengetahui mengenai hal-ehwal pentadbiran di Felda, dengan menyatakan bahawa Peneroka yang di tempatkan di tanah Rancangan FELDA di gugusan Sahabat diabaikan dan sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti penderaan dan sebagainya.

Apabila kita sebut mengenai FELDA, kita mesti terfikir ianya satu kawasan perladangan penanaman Kelapa Sawit yang terbesar di Malaysia dan terkenal dengan pengeluaran Minyak Sawit Mentah ( MSM ) yang berkualiti tinggi. Dengan kewujudan FELDA di gugusan Sahabat, Tungku, maka ianya telah merubah aktiviti-aktiviti ekonomi penduduk tempatan dari menjadi nelayan kepada seorang kontrektor yang berjaya mengubah taraf hidup lebih baik. Kesan tersebut amat dirasakan dan ini adalah salah satu matlamat pengwujudan FELDA di Sabah. Bayangkanlah, pelbagai perusahaan boleh dijalankan di kawasan Felda dengan memberi keutamaan kepada peneroka-peneroka di Felda Sahabat.

Peneroka diberi pelbagai kemudahan pinjaman sebagai contoh pinjaman membaiki rumah kepada peneroka-peneroka yang tidak berkemampuan membaiki dan membesarkan rumah. Bukannya dengan diberi pinjaman-pinjaman tersebut membebankan peneroka, tetapi pengurusan FELDA amat mengambil berat kebajikan peneroka-peneroka yang sudah tentunya memerlukan pembelaan yang sewajarnya.

Tuduhan pihak tertentu, peneroka dibebani oleh hutang yang berpanjangan adalah tidak benar, kerana jika pihak pengurusan FELDA tidak memberikan kemudahan kredit kepada peneroka-peneroka maka dimanakah peneroka-peneroka ini boleh membuat pinjaman dan bantuan ?

Ada sebilangan peneroka yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan FELDA, di mana mereka menyatakan bahawa FELDA tidak prihatin dan  mengabaikan keluhan mereka. Tetapi harus kita ingat bahawa mereka-mereka yang tidak berpuas hati ini adalah peneroka yang selalu menimbulkan pelbagai masalah-masalah dengan pihak pengurusan FELDA, dengan menyatakan bahawa hasil FELDA di Sabah akan dibawa ke Semenanjung. Apakah asas seorang peneroka membuat tuduhan sedemikian ? Adakah didorong oleh perasaan tidak puas hati ? Wajarkah seorang peneroka berkata demikian ?. Jika kita fikirkan secara logik, memang tidak wajar seorang peneroka berkata demikian. Kerana, sebelum peneroka ini masuk sebagai peserta peneroka di FELDA, kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hari ini kita boleh melihat betapa beruntungnya peneroka dengan memiliki tanah dan rumah yang boleh diwarisi sehingga turun temurun.

Pengalaman saya berkhidmat di FELDA selama 8 tahun dapat merasakan pelbagai kemudahan yang saya perolehi daripada FELDA. Kebajikan pekerja dijaga dengan menyediakan rumah, pengangkutan ke tempat kerja, kemudahan rawatan percuma di klinik-klinik panel dan sebagainya. Dari pengalaman tersebut saya dapat rasakan bagaimana bekerja di FELDA seolah-olah kita mendapat manfaat secara keseluruhannya. Saya berkata demikian, buka kerana saya ingin angkat bakul atau dengan kata lain ' membodek'  pengurusan
Felda walaupun saya tidak ada kepentingan dengan pihak FELDA, tetapi hakikat tersebut kita kena terima, " FELDA MEMBAWA 1 PERUBAHAN SOSIO EKONOMI MASYARAKAT DI TUNGKU "dan masyarakat di pantai timur negeri Sabah khususnya.

Jadikanlah isu bersesuaian dengan perkara yang sebenar. Jika kita tidak tahu mengurus kewangan sendiri kita hendaklah bertanya atau berfikir cara mana menggunakan duit untuk masa depan, fikir-fikirkanlah....

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.