Isnin, Mac 08, 2010

Masyarakat Felda Sahabat 16 sambut Maulidur Rasul

Tungku - Seramai lebih 2,000 masyarakat Felda Sahabat menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat Felda Sahabat di padang Bandar Sahabat di sini, pada sabtu.

Perarakan sambutan yang dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Felda ( KSRF) Sabah serta Jawatan Kuasa Bersama Sahabat ( JKBS ) Felda Holdings, bermula dari perkarangan Dewan Semai Bakti Felda Desa Kencana melibatkan 27 kontinjen termasuk satu kontinjen VIP dari seluruh warga Felda.

Pengerusi penganjur, Shafie Mohd Taib dalam ucapannya berkata, beliau amat berbesar hati dengan sambutan pada tahun ini kerana ianya merupakan program yang pertama kali dijalankan secara besar-besaran. Saya amat berbesar hati dan merasa bangga dengan sambutan pada pagi ini. Ia buka sahaja disertai semua masyarakat dan jabatan di Felda Sahabat malah 13 anak syarikat kumpulan felda juga turut menyerikan perayaan tersebut, katanya lagi.

Sementera itu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) N49 Tungku merangkap Ahli Lembaga Pengarah Felda YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said juga meluahkan rasa berbesar hati untuk menjadikan Felda ini sebagai Felda nombor satu di dunia, bersesuaian dengan 1 Felda 1 Ummah. Suhaili berkata, beliau melahirkan rasa terjentik di hati, melihatkan program yang diadakan mekipun dalam keadaan hujan gerimis, namun berbekalkan semangat yang cekal dan bersatu-padu menjadikan majlis itu berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Sumber Manusia FHB Ibu Pejabat Kuala Lumpur merangkap Timbalan Presiden KSRF Nasional yang juga secretariat Etikan Syarikat Kumpulan Felda Abd Aziz Mohd Nor, Pengarah Eksekutif FPSB Sabah, Soh Kim Yaw dan pengurus Besar FPSB Sabah merangkap Timbalan Presiden KSRF Sabah, En. Roserun Sunman, pengurus-pengurus rancangan Felda, pemimpin-pemimpin di peringkat kampung di sekitar Felda Sahabat.

Dalam majlis yang sama, turut menyaksikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi ketegori yang telah dipertandingkan. Bagi ketegori nasyid, telah di menangi oleh SK Cenderawasih. Pertandingan Sepanduk ( Sekolah ) johan disandang oleh SK Fajar Harapandan bagi acara terbuka pula johon disandang oleh Kg. Fajar Harapan.

1 Hantarkan Komen Anda di sini:

Kamarudin Hj. Hamid berkata...

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Felda ini akan disiarkan di TV1 pada 16/03/2010 selasa jam 2.00 petang dalam segmen Lambai Limbai.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.