Khamis, Februari 18, 2010

Taraf hidup boleh ditingkatkan dengan mengusahakan tanaman agar-agar

Kg. Nala – Mengambil kira keadaan ekonomi negara pada masa ini , proses penanaman rumpai laut ( agar-agar ) tidak terjejas walaupun keadaan ekonomi sebelum ini tidak stabil. Ini adalah kerana pengusaha-pengusaha penanaman dan pemeliharaan rumpai laut di Kg. Nala, Tungku tidak terjejas, kerana permintaan yang sangat tinggi dari pembeli dan ini sudah tentu akan memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha.

Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ADUN N49 Tungku ke Kg. Nala pada khamis bersama-sama pemimpin-pemimpin di kawasan Tungku melihat aktiviti dan berjumpa dengan ketua peserta penanaman rumpai laut ( agar-agar ) di Kg. Nala En. Abdullah. YB Datuk menyarankan agar mencontohi En. Abdullah ( Penambungan ) kerana berjaya dalam mengusaha penanaman rumpai laut di kawasan Tungku.

Mengikut rekod jabatan perikanan Daerah Lahad Datu, hampir 90 % penanaman dan pengeluaran rumpai laut di daerah Lahad Datu adalah dari kawasan Tungku. Hasil ini tercapai dengan komitmen Kerajaan dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan kemudahan yang diberikan kepada penduduk yang terlibat dengan penanaman rumpai laut ini. Selain itu, Jabatan Perikanan Daerah begitu bersungguh-sungguh untuk membantu dan merealisasikan matlamat kerajaan membasmi kemiskinan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pegawai Tenaga Nasional Berhad En. Norzari Abd Hamed bersama beberapa pegawai TNB untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti penanaman rumpai laut. Kehadiran mereka adalah untuk melihat bagaimana penanaman dan proses ini dilaksanakan dan adakah ianya akan terjejas apabila Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut, Felda Sahabat beroperasi. Tetapi, mengikut kajian yang dijalankan sebelum ini, penanaman rumpai laut tidak akan terjejas, malahan tumbesaran akan bertambah baik dan ini mengurangkan proses menunggu penuaian bagi mengambil hasil.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.