Isnin, Februari 28, 2011

Kejadian sesetengah negara perlu dijadikan iktibar

Tungku : Rakyat di negara ini wajar bersyukur kerana hidup dalam suasana aman dan damai berbanding dengan sesetengah negara yang kacau bilau akibatnya keadaan tidak menentu yang berlaku.

SAMBUTAN MERIAH.... Suhaili diiringi dan disambut oleh penduduk kampung Binuang sebaik tiba di Majlis tersebut
Anggota Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said berkata keamanan kita kecapi menggambarkan bahawa rakyat begitu memahami nilai perpaduan yang membolehkan mereka saling menghormati tanpa sebarang rintangan.

Antara pemimpin hadir pada majlis tersebut
Beliau berkata, cara hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini memberikan imej yang positif membolehkan sesetengah negara mencontohi kejayan kita.

" Oleh itu, kita jangan mudah berpuas hati sebaliknya sentiasa berusaha untuk memastikan perpaduan yang terjalin erat terus berkekalan dan perkara paling penting sentiasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan tenteram, " katanya.

Ikrar dari pasukan RELA 
Suhaili berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Program Rela Bersama Masyarakat di perkarangan gelanggang bola tampar di Kg. Binuang, di sini, kelmarin.

Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) ini menegaskan bahawa rakyat tidak akan rugi dalam mempertahankan suasana aman kerana ia adalah sesuatu yang tidak ternilai.

YB Datuk Mohd Suhaili Haji Said
Katanya, jika nikmat keamanan tercalar maka semua kaum akan porak-peranda sekali gus membawa negara ini kepada kehancuran kerana rakyatnya terjerumus ke kancah perpecahan.

" Ini yang kita harus fikirkan dan elakkan sama sekali. Sikap suka bertelagah hendaklah dielakkan kerana ia tidak membawa keuntungan malahan kerugian yang begitu besar.

" Bayangkan pemimpin terdahulu bertungkus-lumus memastikan kemerdekaan negara ini yang membolehkan semua kaum hidup aman tanpa halangan.

" Jesteru, kejadian yang berlaku di sesetengah negara wajar menjadi contoh tidak seperti Malaysia yang berjaya mengekalkan keamanan sosial, ekonomi mahupun politiknya, " tegas beliau.

Menurutnya, suasana keamanan inilah membolehkan rakyat menjalankan aktiviti harian dengan lancar tanpa wujudnya rasa takut kerana hubungan perpaduan sentiasa subur,

Suhaili menyampaikan pakaian seragam RELA kepada wakil RELA wanita 
Mengenai program itu, beliau mengajak penduduk setempat khususnya golongan muda supaya menyertai pasukan Ikatan Relawan Malaysia atau RELA sebuah pasukan sukarelawan yang mempunyai peranan cukup penting kepada negara.

Kehadiran penduduk kampung bagi memeriahkan lagi majlis tersebut
Ini katanya, RELA membantu memelihara kedaulatan dan keselamatan negara melalui visi serti misinya yang sentiasa berbakti kepada keselamatan negara.

" Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur di atas inisiatif melaksanakan program sebegini yang secara tidak lansung akan mengalakkan lebih ramai lagi untuk menganggotai RELA, " ujarnya.

Tarian sambut tamu dari penari-penari remaja Kg. Binuang
Hadir sama Pegawai RELA Daerah, Abdul Rashid Abd Sani, Pemimpin Kemajuan Rakyat ( PKR ) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat ( CDO ) Tungku, Kamarudin Haji Hamid, Pemaju Mukim Silabukan, Abdul Hadji Asari dan pemimpin masyarakat setempat.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.