Ahad, Februari 27, 2011

Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik

Kg. Indah Jaya : Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik menjadi ikutan kepada umat Islam pada hari ini. Perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan syair Islam adalah salah satu perjuangan untuk umatnya. Ini adalah kerana Rasulullah dilahirkan adalah untuk membawa rahmat ke alam, kata Suhaili ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg. Indah Jaya baru-baru ini.

Katanya lagi, tanpa perjuangan Rasulullah S.A.W hari ini kita mungkin tidak akan menerima syair Islam yang sememangnya satu kurniaan rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Dalam masa sama, Suhaili juga mengingatkan agar mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W. Segala aspek dalam kehidupan Rasulullah S.A.W adalah sunnah. Apabila kita mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W kita akan mendapat pahala.

SUHAILI seorang yang berjiwa rakyat, kanak-kanak didekati dan bersalaman
Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul 1423 H pada tahun ini, 1 Malaysia, 1 Ummah, kita disarankan agar bersatu padu demi mengukuhkan perpaduan, ujarnya lagi.
Anak-Anak Kariyah di Kampung Indah Jaya turut hadir bagi memeriahkan lagi maulidur Rasul
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datu Baniamin Datu Jamaluddin Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Kamarudin Haji Hamid dan Penyelia Kemajuan Masyarakat Tungku Puan Naimah Bte Abd Gafar
SUHAILI begitu mesra dengan masyarakat di Tungku
Majlis tersebut juga turut diserikan dengan bacaan berzanzi oleh anak kariyah di kampung tersebut dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yunus Abu.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.