Rabu, Februari 16, 2011

Bersatu dan sokong Barisan Nasional ( BN ) demi perpaduan

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Tungku : Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said menegaskan bahawa, setiap kominiti dalam sesebuah kampung hendaklah menunjukkan ikatan silaturahim demi perpaduan yang membawa keharmonian dan kesejahteraan negara.

Bersatu padu adalah lambang kepada perpaduan. Dalam kita merintis dan melangkah maju untuk membangunkan negara, aspek perpaduan hendaklah diterapkan dan ditingkatkan agar ianya subur dilaksanakan oleh semua rakyat walaupun berbeza pendapat dan fahaman agama, kata Suhaili ketika menyaksikan penyerahan kunci Pejabat Daerah Kecil Tungku baru.

Nasir menyerahkan Kunci Pejabat kepada Ibrahim sebagai simbolik 
Turut hadir adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku, En. Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kampung kawasan Tungku.

Ini adalah kebanggaan kita semua di daerah Tungku ini dengan siapnya bangunan yang menjadi trademark kepada rakyat di kawasan Tungku.

Tambahnya, ini adalah kerana, Pejabat Daerah Kecil Tungku akan menempatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air, Jabatan Pertanian, Jabatan Hal –Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Pejabat Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Tungku, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan, katanya lagi.

Jabatan-jabatan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Tungku dan sudah tentu ianya akan memberi manfaat dengan penjimatan masa dan wang ringgit.

Jelasnya, bangunan Pejabat Daerah Kecil Tungku ini bernilai RM 2 Juta dan dibina oleh kontrektor ‘ Pemborong Mudah ’ serta disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Suhaili juga mengumumkan beberapa projek pembangunan di kawasan Tungku seperti Pembinaan Loji Air Silabukan telah diluluskan, Loji Air Tungku dalam pembinaan, menaiktaraf jalan Ke Tambisan dan projek bekalan air graviti di Tambisan

Sementera itu, Pegawai Daerah Lahad Datu, En Zulkefle Nasir melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana Tungku telah mendapat satu bangunan baru yang signifikan lagi cantik.

Zulkefle Nasir
Nasir juga berkata, kontraktor yang telah terpilih membina bangunan ini telah berjaya menyiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Katanya lagi, faktor utama kesyukuran ialah dengan usaha YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said yang telah bertungkus lumus memohon kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman agar dibina satu urusetia pentadbiran yang baru di Tungku, ujar Nasir ketika majlis menerima kunci daripada kontrektor Pemborong Mudah.

Oleh itu beliau berharap agar, semua kakitangan di pejabat Daerah Kecil Tungku menjaga dengan sebaiknya bangunan pejabat agar sentiasa dalam keadaan baik.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.