Khamis, Februari 17, 2011

Lawatan YB Datuk Ustaz Suhaili Haji Said dan Pegawai Daerah Lahad Datu ke Projek Mesej Nala.

Suhaili dan Zulkefle berbincang mengenai pembangunan program Mesej
Tungku : Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said dan Pegawai Daerah Lahad Datu En. Zulkefli Nasir bersama-sama pemimpin-pemimpin masyarakat Tungku meninjau dan melihat perkembangan dan kemajuan kerja-kerja terakhir projek tersebut.

Suhaili berkata, projek Mesej di Nala Tungku membawa perubahan bentuk ekonomi penduduk di Tungku apabila projek tersebut siap dan diduduki oleh peserta yang telah dipilih melalui temuduga oleh Pejabat Daerah.

Tambahnya lagi, projek ini mengusahakan penanaman agar-agar ( Rumpai Laut ) dan penjagaan kolam ikan Baulu.

Permintaan tinggi kepada kedua-dua produk ini membolehkan para peserta akan memperolehi pendapatan yang lumayan dan sudah tentu akan mengurangkan paras kemiskinan di peringkat daerah seterusnya diperingkat negeri.

1 Malaysia... merakamkan gambar di tapak MESEJ Nala
Sasaran kerajaan mengurangkan miskin dikalangan rakyat akan tercapai dengan kejayaan projek Mesej yang mensasarkan orang-orang miskin, ujarnya lagi.

Pelbagai kemudahan asas yang boleh didapati di projek ini seperti Dewan serbaguna, Masjid, Tadika, bekalan air bersih dan elektrik.

Suhaili berharap agar peserta-peserta yang terpilih hendaklah bersyukur kepada kerjaaan Barisan Nasional yang telah menyediakan pelbagai peruntukan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.