Isnin, Februari 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Tungku meriah

Tungku : Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011M peringkat Daerah Kecil Tungku disambut meriah meskipun hujan membasahi perkarangan bangunan urusetia pada sabtu lepas.

BERARAK...  Suhaili ( lima dari kiri ) mengetuai perarakan yang turut disertai pemimpin masyarakat Tungku. Kelihatan Ibrahim ( empat dari kiri ) dan Haji Abd Hakim ( enam dari kiri )
Demi pembangunan ummah, majlis yangdisertai penduduk setempat terdiri daripada masyarakat dan pelajar pelajar sekolah itu saling menumpukan kepada pelbagai sepanduk menarik yang memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah.

MERIAH... Sebahagian kontinjen yang mengambil bahagian dalam sambutan pada tahun ini
Sebelum itu, kira-kira 18 kontinjen telah berarak hampir satu kilometer bermula dari sebuah sekolah yang diketuai oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, sambil diringi bacaan Selawat.

BERUCAP... Suhaili semasa menyampaikan ucapan perasmian pada masjlis tersebut
Suhaili yang juga Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) berkata, sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan lurus serta benar.

TIDAK DILUPAKAN... Suhaili  semasa menyampaikan pengagihan wang kepada fakir miskin di kawasan Tungku yang disumbangkan oleh Felda Plantation Sdn Bhd sempena majlis tersebut
Menurutnya, rahmat yang disebut dalam Al-Quran Al- Karim bukan sahaja pada diri Nabi Muhammad semata-mata tetapi adalah amanah yang dipikul untuk menyampaikan wahyu Allah melalui kitab suci AL-Quran dan As-Sunnah.

HADIR... Sebahagian pemimpin masyarakat Tungku dan Lahad Datu meluangkan masa untuk memeriahkan sambutan kali ini
Justeru, katanya, Nabi Muhammad bukan sahaja dapat menyatupadukan seluruh umat di pelusuk dunia tanpa mengira paras rupa, keturunan bangsa dan budaya, bahkan berjaya membentuk keharmonian dengan menjadikan agama Islam sebagai lambang kekuatan satu ummah.

Imam-Imam memulakan majlis dengan bacaan selawat ke atas junjungan Rasulullah
Bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan ' 1 Malaysia, 1 Ummah ' beliau mengajak umat Islam di negeri ini agar bersatupadu menjadikan Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang aman dan harmoni tetapi juga maju dari pelbagai aspek kehidupuan khasnya di daerah kecil Tungku ini.

" Sebagai umat Islam, paling penting ialah kita sentiasa mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad yang terkenal dengan keperibadian mulia, sentiasa sabar tetapi bertanggungjawab, " ujar Suhaili semasa berucap menyempurnakan perasmian majlis tersebut.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011 M peringkat Daerah Kecil Tungku, Ibrahim Haji Abdul Hakim, Penolong Pegawai Daerah ( Bahagian Pentadbiran ), Juraimin Haji Jadil, dan Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ( USIA ) Pusat, Haji Abdul Hakim Haji Ghulam Hassan.

TOKOH MAULIDUR RASUL... Suhaili ( Kanan ) bergambar bersama Haji Abirin ( Tengah ) sebaik diumumkan sebagai penerima anugerah tokoh berkenaan.
Sementera itu, seorang pemimpin masyarakat Tungku iaitu Haji Abirin Aplasin dinobatkan sebagai tokoh Maulidur Rasul sempena sambutan kali ini.

Beliau yang dilahirkan di Kg. Mundas, Tungku pada 12 Oktober 1935 ini telah bersekolah di Gorrt Primary School ( GPS ) Tungku pada tahun 1945 dan tamat darjah lima.

Beliau sangat aktif dalam ugama dan pernah berkhidmat sebagai askar Wataniah selama 11 tahun berpangkat koperal.

En. Azhar Idris GM Felda Plantation turut hadir
Selain mantan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) selama 10 tahun dalam era pemerintahan BERJAYA, Abirin juga adalah ketua Cawangan Umno Kg. Mundas yang aktif.

Abirin terkenal dengan sifat mesranya kepada penduduk setempat di mana sumbangan besar beliau ialah mewakafkan tanahnya seluas tiga ekar untuk tapak pembinaan Masjid Daerah Kecil Tungku di Kg. Ulang-Ulang.

Pertandingan sepanduk yang diadakan menyaksikan Masjid Felda Desa Kencana muncul sebagai johan bagi ketegori jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Kg. Dengan Kg, Mundas dan Kg. Sri Hak.

Bagi ketegori ladang, kampung, masjid dan surau pula menyaksikan Rumpun Seni Budaya ( RYSBA ) muncul johan manakala naib johan dan ketiga KAFA Daerah Tungku serta Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam.

Kategori sekolah dimenangi Asrama SK Sri Pantai manakala naib johan dan tempat ketiga SK Sahabat 16 serta SK Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.