Ahad, Januari 01, 2012

Belia adalah penyambung kepimpinan generasi akan datang

Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Tungku : Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ) YB Mejar ( K ) Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku menyedari pentingnya belia masa kini adalah penyambung generasi dan kepimpinan masa depan Negara.

Katanya, kerajaan pada hari ini telah banyak memberi pelbagai insentif dan kemudahan kepada para belia untuk mereka merasai dan menikmati seiring dengan pembangunan Negara yang semakin terserlah serta menepati peredaran era kemajuan global.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis malam ambang 2012 di dewan Panglima Ladtang, Kg. Sagangan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan Persatuan KRT Kg. Segangan pada sabtu.

“ Saya ingin melihat dan mendengar apa yang belia kehendaki supaya ianya memberi inspirasi kepada saya untuk melaksana pelbagai program yang bersesuaian dengan mereka. Sebagai contoh, jika mereka minat bersukan, kita akan cuba menganjurkan beberapa kejohanan seperti pertandingan‘ futsal ’, badminton dan sebagainya. ”

Sudah tentu dengan adanya aktiviti sebegini, belia tidak akan terlibat dengan gejala-gejala yang tidak bermoral, ujarnya lagi.

Sementara itu, pengerusi penganjur majlis tersebut En. Mukmin Haji Anghai berkata, majlis ini akan diadakan setiap tahun di mana ianya bermula dari tahun 2010 yang dihadiri penduduk di sekitar mukim Silabukan.

Tambahnya lagi, majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk di kawasan kg. Segangan dan melibatkan belia-beliawanis agar mereka sentiasa rasa dihargai.

BANTUAN...Suhaili menyampaikan bantuan peribadi kepada Ibu Tunggal
Pada majlis itu juga,Suhaili menyampaikan sumbangan peribadi berupa barangan dapur kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan OKU di kawasan kampung Segangan.

Pelbagai persembahan tradisional dipersembahkan seperti tarian tradisional suku kaum Idahan dan pertandingan karaoke
Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.