Ahad, Januari 22, 2012

Kerajaan Tunaikan janji

YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku, Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, kerajaan Barisan Nasiional tunaikan janji apabila Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Negara dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa kita fahaman agama, ideologi politik dan bangsa.

Suhaili berkata demikian ketika merasmikan majlis penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku di perkarangan Pejabat Daerah kecil Tungku baru-baru ini.

Jelasnya, pelbagai bantuan yang telah dan akan disalurkan terus kepada rakyat untuk meringankan beban rakyat dan manfaat yang lebih berkesan dirasai oleh golongan yang berpedapatan dibawah RM3000.00.

Inilah kerajaan yang sentiasa memahami masalah rakyat dengan mengotakan segala janji yang telah dibuat apabila pemberian RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta bantuan baucar pembelian buku kepada pelajar pengajian tinggi sebanyak RM200.00, ujarnya.

TERIMA KASIH.... Suhaili menyampaikan Baucar BR1M kepada salah seorang penerima BR1M di Tungku
Hari ini, kita sekali lagi menerima durian runtuh daripada kerajaan dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) yang sememangnya diharapkan oleh rakyat bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak mereka.

TANDATANGAN...Suhaili sempat menandatangan surat sokongan penduduk di kawasan Tungku
“ Kini terbukti, apa yang dituduh oleh pihak pembangkang dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak mampu untuk menunaikan segala janji kepada rakyat tidak benar. Oleh kerana ketiadaan isu, maka pihak pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menafikan segala kebaikan kerajaan “ , katanya lagi.

Tambahnya lagi, kerajaan akan sentiasa berusaha dengan lebih baik lagi dalam membela kepentingan rakyat sesuai dengan slogan 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

1 MALAYSIA....Penerima BR1M merakamkan gambar bersama Suhaili
Suhaili berharap agar penduduk di kawasan Tungku dapat memanfaatkan sepenuhnya pelbagai bantuan daripada kerajaan agar dan bersyukur atas nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Kerana jika kita sentiasa bersyukur, Allah SWT akan menambah nikmat dan rahmat kepada umatnya.

Ibrahim Haji Abd Hakim
Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku, Ibrahim Haji Abd Hakim berkata, pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga bulan Mac 2012 dan kepada pemohon yang gagal menerima Bantuan ini bolehlah mengemukakan borang rayuan dan menghantar semula ke Lembaga Hasil dalam Negeri untuk diproses semula.

Kegagalan pemohonan ini mungkin disebabkan masalah teknikal atau pertindihan pemohon dengan pihak yang lain dimana suami dan isteri mengemukakan permohonan yang berlainan, katanya.

Ibrahim juga memaklumkan proses pembayaran bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dibuat di setiap Dewan Undangan Negeri ( DUN ) masing-masing melalui pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat. Beliau menasihatkan kepada rakyat di kawasan Tungku yang belum menerima BR1M agar bersabar kerana pihak UPKR akan menghubungi pemohon yang berjaya untuk penyerahan Baucar BR1M.

Pada majlis tersebut seramai 2000 orang pemohonan telah menerima baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diserahkan sendiri oleh YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili.

Antara pemimpin yang hadir pada majlis tersebut
Hadir sama, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Tungku En. Jamaluddin Mohd Taha, Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah, Ketua Anak Negeri kawasan Tungku En. Alin Kiang, Datu Ramlee Datu Mayong, En Mukmin Haji Anghai, Haji Kayum Haji Omar Pemaju Mukim Tungku dan Abd Hadji Asari Pemaju Mukim Silabukan

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.