Khamis, Januari 05, 2012

Gunakan saluran yang betul melaporkan masalah kampung dan rakyat

Tungku : Ahli dewan undangan negeri kawasan Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, rakyat di kawasan Tungku haruslah menggunakan saluran yang betul untuk melaporkan segala masalah kampung dan rakyat untuk diselesaikan segera.

Ini adalah kerana, jika kita melaporkan permasalahan dengan tidak menggunakan saluran yang betul, dikhuatiri akan dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Suhaili berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemukiman Rakyat Zon Tungku yang diadakan di Dewan Kampung Sri Darun. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku dan JKKK Kg. Sri Darun.

Jelasnya lagi, peranan ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung membantu menyelesai dan melaporkan terus kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti masalah bekalan air kepada Jabatan Air, masalah bekalan elektrik kepada SESB, masalah jalan rosak kepada Jabatan Kerja Daerah dan sebagainya.

DIALOG...Suhaili mendengar permasalahan pemimpin masyarakat untuk diselesaikan
“ Apabila saya turun padang ke suatu kawasan, perkara pertama yang saya utamakan ialah masalah yang melibatkan rakyat. Apatah lagi, masalah yang menyebabkan ramai rakyat yang terlibat. Sebagai contoh, masalah yang melibatkan jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik. Jika perkara asas ini tidak ditangani segera rakyat akan menerima kesannya, ”ujarnya lagi

SUMBANGAN.. Suhaili menyerahkan sumbangan peribadi kepada salah seorang penduduk di Ulu Tungku
Katanya lagi, jangan sampai masalah di kampung menjadi isu yang hangat membolehkan pembangkang mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan, sedangkan isu tersebut boleh diselesaikan diperingkat kampung.

PRIHATIN... Suhaili sentiasa mendengar keluhan dan masalah rakyat tanpa mengira bangsa masyarakat 
Di Tungku kita ada pejabat Daerah Kecil yang boleh menerima laporan-laporan daripada pegerusi JKKK dan ketua kampung serta Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ( UPKR ) Tungku yang membantu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) untuk bersama-sama menerima serta menyelesai masalah masyarakat di Tungku.

SERAH... Suhaili menyerahkan Kunci Replika Rumah PPRT kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh En. Ibrahim Haji Abd Hakim dan En. Jamaluddin Mohd Taha
Dalam majlis itu juga Suhaili menyampaikan sumbangan peribadi berupa barangan dapur kepada penduduk di zon Ulu Tungku, menyerahkan replika kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT ) kepada 14 orang penerima di sekitar Ulu Tungku dan menyerahkan Kerusi Pelastik kepada lima buat kampung untuk kegunaan aktiviti-aktiviti sosial di kampung masing-masing.Selain itu majlis ini juga diadakan majlis dialog antara penduduk, pemimpin dan YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili bagi mendengar sendiri apa masalah yang sering dihadapi oleh penduduk kampung di sekitar Ulu Tungku.

1 MALAYSIA....Pemimpin yang hadir merakamkan gambar bersama Suhaili
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Tadbir Tungku yang baru En. Jamaluddin Mohd Taha, Ketua Anak Negeri Tungku En Mukmin Haji Anghai dan En. Alin Kiang.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.