Selasa, Januari 03, 2012

Bersatu dan berikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional ( BN )

Bukit Belacon : Marilah kita berganding bahu dan memantapkan perpaduan serta memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional ( BN ) yang mampu membawa Malaysia ke satu tahap yang membanggakan, kata Suhaili ketika merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Bukit Belacon,Segama baru-baru ini.

YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Katanya lagi, kerajaan pada hari ini telah terbukti mengutamakan kepentingan rakyat dengan melaksanakan pelbagai transformasi kepada kepimpinan, ekonomi dan politik.

Apatah lagi dengan pengumumkan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri yang telah direalisasikan melalui pelbagai kemudahan kepada rakyat dengan pemberian wang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100.00 dan pemberian wang RM500 bagi penduduk yang berpendapatan dibawah RM3000 dan sudah tentu akan mengurangkan beban rakyat apatah lagi sessi persekolahan tahun 2012 tidak lama lagi akan bermula.

Malahan apa sahaja yang kerajaan Barisan Nasional janjikan akan ditunaikan bagi manfaat kepada rakyat khususnya, ujar lagi.

Saya sebagai wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan Tungku demi untuk menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dengan “ Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

MERIAH...Kehadiran ramai penduduk Kampung Bukit Belacon menunjukkan sokongan penuh kepada Suhaili sebagai ADUN Tungku
Walaupun ada pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tohmahan , ianya tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan berkhidmat tanpa memikirkan isu-isu yang tidak berasas dan tidak benar.

SUMBANGAN... Suhaili menyerahkan sumbangan keperluan barangan dapur kepada salah seorang warga tua  
Dalam majlis itu juga juga Suhaili telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada ibu-ibu tunggal, orang kelainan upaya ( OKU ) dan anak-anak yatim di kampung Bukit Belacon dan seterusnya Suhaili sendiri melawat persiapan penduduk di kawasan tersebut menghadapi banjir.

Pemimpin masyarakat di kg Bukit Belacon merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Suhaili
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Anak Negeri En. Mukmin Haji Anghai, CDO Tungku En. Kamarudin Haji Hamid, Ketua Kampung Bukit Belacon En. David Ukik dan Wakil Ketua Anak Negeri yang mewakili suku kaum  'Subban' Segama En. Kamsit Asat.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.