Isnin, Disember 26, 2011

Eratkan silaturrahim dan bersatu demi untuk keharmonian kampung

Silabukan : Eratkan silaturrahim di kalangan rakyat di kawasan kampung dan tingkatkan perpaduan demi untuk keharmonian agar sentiasa sebati dan berterusan, kata Suhaili ketika menyempurnakan majlis mesra rakyat di kampung Bakapit baru-baru ini.

YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Katanya, dengan perlantikan Haji Toh Putih Abd Hasan Pengerusi Jawatan Kuasa dan Keselamatan Kampung ( JKKKK ) di kampung Bakapit ini, menunjukkan perubahan yang dibawa oleh masyarakat di sini menerima perubahan yang dibawa oleh pemimpin di Tungku. Oleh itu Suhaili menyeru kepada semua peduduk di kawasan kampung Bakapit agar memberi kerjasama ketua masyarakat yang telah dilantik bagi merealisasikan cita-cita beliau untuk membangunkan kampung dan masyarakat di sini.

Tak ada gunanya kita bersilisih faham sehinggakan kampung tidak dapat dimajukan dan sudah tentu rakyat di sini melihat dan membuat kesimpulan bahawa jika pemimpin berbala di antara satu sama lain, bagaimana mereka dapat memimpin masyarakat dibawa jagaan mereka, ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Tungku ini, saya mahukan pembangunan yang berterusan dilaksanakan dan hari ini kita lihat bukti pembangunan di kawasan Tungku telah banyak disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti loji-loji air di kampung Mambatu, di Silabukan, pembinaan menaik taraf jalan ke premix di kampung Teburi, Tambisan, Bakapit dan Sri Pututan.

Ibrahim Haji Abd Hakim
Terdahulu, Penolong Pengawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim berkata dalam ucapannya, berharap pengerusi JKKKK yang dilantik dapat memberikan komitmen dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Pengerusi JKKK, kerana Pengerusi JKKKK adalah pemimpin yang ada hubung kait rapat dengan pejabat-pejabat daerah di sesuatu daerah.

Tanpa perancangan yang teratur, menyebabkan kampung yang mereka wakili akan kelihatan tertinggal dari segi pembangunan insfratruktur dan kemajuan.

Mereka adalah mata dan telinga kerajaan menyampaikan pelbagai maklumat dan masalah untuk disampaikan kepada wakil rakyat dan pejabat daerah bagi diselesaikan, katanya.

Manakala Pengerusi JKKK Kampung Bakapit yang baru Tuan Haji Toh Putih Abd Hassan berkata dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur kerana YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili dapat hadir ke majlis ini walapun beliau mempunyai komitmen yang tinggi dengan tugas-tugas di kawasan lain, tetapi sempat singgah untuk hadir menyempurnakan majlis pada hari ini.

Suhaili menyampaikan Watikah Pengerusi JKKK kepada Toh Putih 
Ujar Toh Putih lagi, difahamkan Datuk Suhaili sering turun pada sehingga lewat malam baru sampai ke rumahnya. Inilah wakil rakyat yang kita mahukan membela dan selalu turun padang bagi mendengar dan menyelesai pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung di kawasan Tungku.

Toh Putih berharap agar penduduk kampung di kawasan Bakapit menunjukkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional ( BN ) yang telah banyak berjasa kepada pembangunan Negara hingga ke hari ini.
Dalam majlis itu juga, Suhaili telah menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengerusi JKKKK kampung Bakapit, Kampung Silabukan Peringkat 2 & 3, Pengerusi JKKK Kampung Silabukan Peringkat 1 dan Ketua Kampung Silabukan Pkt 2 & 3.

Antara pemimpin yang hadir pada majis tersebut
Turut hadir dalam majlis tersebut, ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pemaju Mukim Silabukan Abd Hadji Asari, Ketua Anak Negeri kawasan Silabukan Mukmin Haji Anghai dan Wakil Ketua Anak Negeri Tungku En. Kamsit Asat dan En. Abd Majid Alam.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.