Ahad, September 27, 2009

Pemimpin bersama Rakyat

Penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut


YB menujukkan bakat menari tarian Gilok. Tarian tradisional suku kaum Dusun Begahak

YB Datuk menerima memorandom daripada ketua kampung Ulu Teburi En. Amir Tuong mewakili penduduk Kg. Ulu Teburi dan Kuala Teburi. Turut kelihatan Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin




Tungku - Majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kampung Ulu Teburi di perkarangan rumah En. Patisin Pg. Gudang telah dihadiri oleh pemimpin pelbagai lapisan masyarakat. Majlis ini adalah anjuran Ketua kampung Ulu Teburi En. Amir Tuong dengan kerjasama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku dan AJK pengerusi JKKK Kg. Ulu Teburi dan Kg. Kuala Teburi.

Inilah konsep 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak, di mana pada hari ini kita berhimpun dalam majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh pelbagai suku kaum seperti Dusun Begahak, Idahan, Bajau, Iranun dan Bugis. Apabila kita bercakap mengenai suku kaum, maka masyarakat majmuk di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah, memang unik dan tiada di negara-negara lain di dunia yang mempunyai masyarakat majmuk, kerana walaupun di Malaysia wujud pelbagai suku kaum, mereka boleh mengwujudkan persefahaman di antara satu dengan yang lain. Dengan kata lain boleh boleh duduk satu meja, bermesyuarat dengan mengambil keputusan yang sepakat, ujar YB Datuk Suhaili pada majlis tersebut.

Dalam merangka dan mengemaskini sistem pentadbiran yang sedia ada di Tungku, YB Datuk memaklumkan bahawa telah membuat penambahan bagi jawatan ketua anak negeri dan wakil ketua anak negeri. Ini terbukti, apabila tiga orang ketua anak negeri yang baru telah dilantik dan lima orang wakil ketua anak negeri. Tiga orang ketua anak negeri yang telah menerima perlantikan iaitu En. Hj. Abdul Malek Hj Aidala, En. Allen Kiang dan En Mukmin Anghai. Lima orang yang dilantik memegang jawatan wakil ketua anak negeri ialah En. Amir Hamzah Zakaria, En. Jadi Kandawai, En. Abd Rahman Basar, En. Datu Ibrahim Datu Karim dan En. Hj. Tikson Abd Kassim. Kesemua yang telah dilantik adalah mengikut suku kaum di kawasan masing-masing di kawasan Tungku bagi memudahkan mereka menjalankan tugas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pegawai Penguasa Pertanian Lahad Datu, En. Laurine Sani, Juruteknik JKR Lahad Datu En. Mazlan Ahmad, Pembantu Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Tungku En. Sempadan Telanjor, Pengurus Kilang Sawit Golden Elete En. M.S Suresh, semua Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Kakitangan UPKR N49 Tungku.

Sebelum itu, YB Datuk telah menerima memorandom daripada penduduk kampung Ulu Teburi dan Kuala Teburi bagi memohon kepada pihak kerajaan agar mempercepatkan pembinaan menaik taraf jalan gravel di kedua-dua kampung berkenaan ke jalan berturap.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.