Ahad, September 13, 2009

Majlis Berbuka Puasa PIBG, Guru-Guru SMK Tungku dan Pemimpin-Pemimpin di Kawasan Tungku

Persatuan Ibu Bapa Guru telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan N49 Tungku. Majlis ini diadakan di dewan makan Asrama SMK Tungku. Menurut YDP Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Tungku, En. Sabtu Susulan, program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan PIBG dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan Tungku. Selain itu ianya juga dapat memupuk persefahaman di antara ibu bapa dan pihak sekolah.

En. Sabtu juga berharap, agar pihak sekolah dapat memaklumkan kepada PIBG jika ada terdapat masalah yang melibatkan pelajar. Ini penting supaya PIBG boleh mengambil tindakan dengan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Banyak lagi aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini. Pada hemat beliau, aktiviti-aktiviti tersebut telah banyak dilaksanakan dan berjalan seperti yang dirancang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abd Malik Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri, En. Datu Ramlie Datu Mayong, Pengerusi JKKK Kg. Barigas, En. Abd Rasa Sari dan ahli jawatan kuasa PIBG SMK Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.