Ahad, September 06, 2009

Program Rahmat Ramadan Warga Felda dengan penyampaian Duit raya kepada Peneroka Felda Sahabat


YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menyampaiakan Replika cek MBB pembayaran duit raya kepada salah seorang Pengerusi JKKR.





Dari kanan En. Abu Haris, YB Datuk Suhaili, En Juany dan En Mohd Fazil




Para peneroka yang hadir pada majlis tersebut





Seramai 872 orang peneroka Felda Sahabat menerima duit raya daripada Felda. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Seranta ( Felda ) JPM bersama-sama Felda Wilayah Sahabat dan dirasmikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said, ahli dewan undangan negeri kawasan N49 Tungku merangkap Presiden Hal-Ehwal anak negeri Sabah dan ahli lembaga pengarah Felda. Menurut En. Juany Salleh, Pengarah Felda Sabah, pemberian duit raya ini, diadakan setahun sekali setiap kali umat islam menyambut Aidil Fitri. Harapan beliau agar semua peneroka-peneroka dapat memberi kerjasama dengan pengurusan Felda, terutamanya apabila pihak pengurusan Felda mengadakan apa-apa majlis yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan program-program peneroka, para peneroka hendaklah hadir dan membantu pihak pengurusan Felda. En. Juany mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat kerana sudi hadir ke Majlis ini, walaupun YB Datuk tidak berapa sihat, tetapi demi untuk kepentingan rakyat YB Datuk sanggup datang dan merasmikan penyampian Replika cek. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penyelaras Unit Seranta Negeri Sabah, JPM en. Mohd Fazil Mohd Ali, Puan Theresa Nur Syahidah, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid ketua-ketua anak negeri Tungku, pemaju mukim Tungku, En. Hj Abd Kayum Hj Omar dan Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran. YB Datuk memaklumkan bahawa Felda telah banyak membantu peneroka-peneroka di seluruh Malaysia, dengan pelbagai kebajikan dan intensif seperti memberi peruntukan pembinaan rumah baru, penambahan peruntukan sistem pembekalan air, duit raya dan pelbagai lagi insentif yang diberikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka. Oleh yang demikian, YB berharap agar para peneroka bersyukur dan berbangga menjadi salah seorang peneroka dan janganlah selalu mendengar berita yang tidak pasti kebenarnya bahawa Felda menyalahgunakan wang peneroka.

Felda juga banyak membantu rakyat di sekitar kawasan Felda, dengan memberikan peruntukan kewangan sebanyak RM 10 juta kepada kerajaan negeri apabila meluluskan peruntukan menaik taraf jalan dari Felda ke Tambisan dan pembinaan loji air di Sahabat 22 dengan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Tanjung Labian, Tagupi, Tanjung Batu, Lok Buani, Sungai Bilis dan Kg. Tanagian. Jadi dengan peruntukan yang disalurkan ini, rakyat yang menerima manfaat dan kebaikannya. YB berharap kepada penduduk di kawasan Tungku dan Felda jangan mendengar berita-berita yang mengatakan bahawa Felda tidak membantu kampung yang berdekatan dengan Felda.

Salah satu contoh lagi Felda membantu kampung yang berdekatan ialah projek MESEJ di kampung Nala. Projek ini adalah sumbangan daripada Felda. Manfaat dari projek ini seramai 100 orang miskin tegar akan ditempatkan di projek MESEJ kg. Nala. Felda diwujudkan bukan sahaja memberi manfaat dan kebaikan kepada peneroka malahan memberi kebaikan kepada kampung-kampung di sekitarnya, ujarnya semasa menghadiri majlis program rahmat ramadan Warga Felda di Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.