Rabu, September 09, 2009

Majlis Upacara Menaikkan Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kecil Tungku



YB Datuk melaungkan Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! bersama-sama Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Balai Polis Tungku.



YB Datuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah





Pemimpin-pemimpin tempatan yang hadir pada majlis tersebut






Tungku - Majlis upacara menaikkan Jalur Gemilang peringkat Daerah Kecil Tungku telah diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku pada 09/09/09. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku merangkap Presiden Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Majlis menaikkan Jalur Gemilang ini, dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Tungku dengan kerjasama Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku. Hadir pada masjlis tersebut ialah ketua-ketua anak negeri, wakil-wakil ketua anak negeri, ketua-ketua kampung, pemaju -pemaju mukim, pengerusi-pengerusi JKKK N49 Tungku, kakitangan Pejabat Daerah Kecil Tungku dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku. Majlis ini adalah untuk mengingati sejarah kemerdekaan Malaysia dan menghargai perjuangan para pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Kerana jika pemimpin terdahulu tidak memperjuangkan kemerdekaan, hari ini kita tidak berdiri di perkarangan Pejabat Daerah kecil Tungku ini dan kita masih dibelenggu rasa takut dan gelisah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana nikmat kemerdekaan yang kita nikmati hasil perjuangan orang-orang yang terdahulu daripada kita, ujar Suhaili pada majlis tersebut.

YB Datuk menegaskan bahawa, sebagai pegawai kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan, hendaklah menunjukkan dan mengamalkan sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab. Pegawai kerajaan adalah milik rakyat, kerana pegawai kerajaan adalah tempat rakyat untuk membuat rujukan dan berurusan setiap masa. YB Datuk menasihatkan agar pegawai-pegawai kerajaan hendaklah menukar persepsi bahawa mereka yang dilantik hanya berkhidmat pada kaum-kaum tertentu sahaja, dengan berkhidmat pada semua kaum tidak kira fahaman agama. Sejak Malaysia merdeka, kepimpinan negara sehingga hari ini adalah dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Walaupun kerajaan Barisan memerintah sehingga hari ini, tetapi pemimpin saling bertukar ganti. Oleh yang demikian, kita janganlah terlalu taksub kepada pemimpin yang ada pada hari ini, Ujarnya lagi.
Terdahulu yang berhormat, telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua pemimpin-pemimpin yang hadir. Sebanyak 200 Jalur Gemilang diagih-agihkan kepada ketua-ketua anak negeri, ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK. YB berharap kibarkanlah Jalur Gemilang sepanjang tahun untuk memperingati kemerdekaan Malaysia yang disambut setiap 31hb. ogos setiap tahun.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.