Ahad, September 20, 2009

Majlis Penghayatan Ramadan

YB Datuk sedang mendengar ceramah daripada ustaz Sudirman.
Bersalam-salaman dengan pemimpin-pemimpin yang hadir pada majlis tersebut

Pada 19hb. september. 2009 telah diadakan majlis penghayatan ramadan yang telah dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku dengan kerjasama Panel Pengerak Adun N49 Tungku yang dipengerusikan oleh En. Ghazali Hj. Said. Peserta yang terlibat adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin tempatan dan ketua-ketua cawangan Umno di kawasan Tungku. Majlis ini telah diadakan di dewan Kg. Remang, Tungku. Menurut En. Ghazali, program ini diadakan dimasa akan datang pada bulan ramadan setiap tahun.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said adun N49 Tungku. Program seumpama ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pemimpin-pemimpin yang sememangnya amat perlu, kerana sebagai seorang pemimpin mestilah mengetahui soal-soal keagamaan dan menjadi contoh kepada masyarakat di tempat masing-masing. Sebagai seorang pemimpin kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, kerana jika seseorang pemimpin tidak boleh menjadi contoh kepada masyarakat, maka ianya akan memberi kesan kepada kepimpinannya. Ujar YB Datuk pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Sudirman Hj. Mohd Salleh daripada Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Lahad Datu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim bin Abd Hakim.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.