Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said berkata, perancangan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Felda adalah yang terbaik dan terbukti pada hari ini, pelbagai pembangunan prasarana telah diwujudkan bagi manfaat warganya dan penduduk-penduduk sekitarnya.
Suhaili yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda berkata demikian pada program Sepetang Bersama Pemimpin Gugusan Anjung Teduh di Dewan Semai Bakti, Anjung Teduh, di sini baru-baru ini.
Program anjuran dengan kerjasama oleh Seranta Negeri Sabah dan Felda Anjung Teduh itu diadakan sekali setahun sebagai aktiviti bersama pemimpin di kawasan Anjung Teduh.
Ketika saya masuk ke persimpangan Anjung Teduh tadi, saya dapat rasakan betapa beruntungnya peneroka yang mendiami perumahan ini, Semua prasarana telah tersedia, " katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ) berharap agar para peneroka terbabit sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan Allah SWT. Beliau percaya dengan mensyukuri nikmat itu akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda.
![]() |
Mohd Fadzil Mohd Ali |
" Buat pertama kalinya dalam sejarah, Felda memperuntukan sejumlah wang untuk diagih-agihkan kepada peneroka yang sememangnya telah lama menantikannya," katanya.
Fadzil yang juga Timbalan Pengarah Seranta Malaysia menyeru agar para peneroka tidak terpengaruh dengan tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Felda di negeri ini hanya mahu mengaut keuntungan tanpa menjalankan tanggungjawab sosial .
" Hari ini Felda telah membuktikan segala tuduhan pihak pembangkang adalah tidak benar."
![]() |
Pemeriksaan perbarisan pasukan rela Tungku |
Fadzil berkata, dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan pada hari ini yang sentiasa mendahulukan
rakyat, maka tidak ada sebab mengapa rakyat khususnya masyarakat Felda menolak kerajaan Barisan Nasional ( BN ), apatah lagi BN selama ini berjaya mentadbir dan mengurus negara dengan baik.
Turut hadir, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku, Kamarudin Haji Hamid, Ketua Peneroka Wilayah
Sahabat Abu Haris Masahuddin, Ketua Anak Negeri Tungku Mukmin Haji Anghai dan Pengurus Felda Sahabat 1, Mat Jhailin Ini.