Sabtu, April 14, 2012

Karnival pancing Felda Anjung Teduh tarikh ramai kaki pancing

Tungku : Hampir 1000 orang hadir memeriahkan pertandingan memancing anjuran bersama Fidlot Felda Anjung Teduh, AJK Sentuhan Kasih dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N.49 Tungku, yang diadakan di Felda Anjung Teduh, disini, pada sabtu.

Karnival disertai seramai 238 orang itu adalah antara kesinambungan dan cetusan Program Sentuhan Kasih 2012 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) N.49, Datuk Mohd Suhaili Said

Matlamatnya, bagi meningkatkan perpaduan dan kerukunan penduduk setempat dengan elemen - elemen positif seperti penyabar dan sentiasa berdaya saing dalam suasana yang harmoni

Ia juga merupakan langkah untuk mempromosikan produk ternakan ikan air tawar seperti ikan talapia atau nama saintifiknya Hornorum x. T Mossanbica yang mengandungi khasiat terhadap kesihatan

Selain itu, ia adalah untuk menarik minat dan membentuk suatu hobi yang sihat di kalangan masyarakat, sekaligus bertindak ke arah penguruangan gejala - gejala tidak bermoral

Suhaili ketika menyempurnakan karnival yang julung kali diadakan itu, berkata semua langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional ( BN ) adalah suatu usaha murni dan berpandangan jauh khususnya mengenal pasti sesuatu potensi yang boleh memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang, selain sentiasa mahu memastikan tercapainya perpanduan di kalangan rakyat

Bukan Sahaja memperlihatkan kematangan dan perancangan jangka masa panjang BN yang kesemuanya demi kebaikan rakyat, karnival berkenaan membuktikan wujudnya kawasan memancing yang menarik di sekitar daerah ini, katanya

Menurutnya, di Semananjung, penternakan ikan air tawar bukan sahaja sebagi suatu hobi, malah kini berdiri sebagai satu industri yang berpotensi besar

Tambahnya, industri ternakan berkenaan bukan sahaja mempunyai potensi, bahkan menjadi antara penyumbang terhadap perkembangan kehidupan manusia dari segi penjagaan kesihatan

Semuanya itu adalah hasil usaha BN yang diterjamah untuk kebaikan rakyat, yang mana kewujudan industri ini sebenarnya merintis satu lagi industri hiliran, katanya

Karnival dihadiri segenap lapisan umur dan kaum itu, menawarkan pertandingan empat peringkat umur dan kategori, dengan hadiah lumayan berupa wang tunai RM500 bagi kategori lelaki dewasa, dan masing - masing RM150 kategori wanita dewasa, remaja lelaki dan remaja perempuan, selain piala dan hamper untuk dibawa pulang oleh setiap pemenang

Pertandingan kali ini, tuah telah menyebelahi  Ambran Ambotoa apabila ikan Terubi seberat 1 kilogram yang diraihnya mengalahkan tangkapan lain - lain peserta, dan bagi tiga lagi kategori umur masing -masing disandang Rusian Abd Halim, Mohd Faizal Saman, dan Nurul Yaniza

Sementara, Mohd Isman telah mengungguli kategori tangkapan yang dipertandingkan membabitkan ikan air tawar, setelah ikan haruan seberat 1 kilogram yang dipancingnya, gagal dicabar peserta lain

Ketika berlansung pertandingan, berpegang prinsip asal Program Sentuhan Kasih, Suhaili tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra dengan orang ramai hampir di semua lokasi kolam, baik peserta mahupun yang datang memeriahkan dan menyaksikan karnival berkenaan

Krew Utusan Borneo yang berada di karnival berkenaan, turut berpeluang bersama suhaili mendayung sampan menuju ke tempat gong diletakkan, sebelum Adun berkenaan memalunya sebagai isyarat berakhirnya masa pertandingan memancing yang telah diperuntukkan penganjur

Turut menyerikan lagi karnival berkenaan, Pengurus Besar Felda Wilayah Sabah, Juany Salleh, CDO Tungku, Kamarudin Kaka, Pemaju Mukim kawasan Tambisan Nordin Abd Rajin, beberapa pegawai, ketua -ketua cawangan dan pemimpin setempat  

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.