Sabtu, Mei 12, 2012

Pembeli rumah Bandar Sri Gemilang dapat pampasan

Lahad Datu : Seramai 381 daripada 537 pembeli rumah di Bandar Sri Gemilang di sini mula menerima bayaran pampasan daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad ( SPNB ) di sini kelmarin.

SUHAILI mempengerusi Mesyuarat
Jumlah itu, merupakan antara 537 pembeli daripada 875 unit rumah terbabit dalam projek perumahan berkenaan yang layak dibayar SPNB, manakala selebihnya akan dibayar dalam masa terdekat.

Terdahulu, pengumuman ini dibuat oleh penasihat Undang-Undang SPNB, Mohd Hafiz Abu Bakar pada satu mesyuarat antara SPNB dan Ahli Jawatankuasa Bertindak Bandar Sri Gemilang, dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said, di pejabat Majlis Daerah Lahad Datu pada petang Sabtu.

" Atas keprihatinan SPNB dan selepas diumumkan sendiri oleh CEO, pihak SPNB akan memberikan pampasan kepada pembeli-pembeli perumahan terbabit ".

Suhaili berucap semasa majlis Dialog bersama pembeli
Daripada 875 jumlah unit rumah yang ada, sebanyak 537 pembeli layak dibayar. dan kita telah menyiapkan sebanyak 381 cek untuk pembayaran pampasan itu hari ini ( kelmarin ), manakala selebihnya akan menyusul, "katanya.

Turut dibangkitkan pada mesyuarat ialah pengambilalihan projek berkenaan oleh salah sebuah kontrektor asal SPNB, yang mana bersama penamanya akan meneruskan dan menyiapkan projek perumahan terbabit.

Bagaimanapun, Hafiz berkata terdapat mekanisma pengambilalihan yang harus dilalui seperti undang-undang dan beberapa perkara lain antara SPNB dan kontrektor terbabit serta pihak bank sebelum projek berkenaan dapat diteruskan dan disiapkan.

Pembeli rumah di Bandar Sri gemilang yang hadir 
" Namun, tiada sebarang kos tambahan atau apa-apa perubahan membabitkan perjanjian jual-beli rumah ( SNP ) pembeli dan SPNB, dan ia akan kekal seperti perjanjian sebelum ini meskipun projek perumahan berkenaan akan diserahkan kepada kontrektor seterusnya. "

" Selain itu, pembeli juga akan diberikan beberapa opsyen berhubung pembelian rumah terbabit termasuk tawaran penamatan pembelian rumah kepada pembeli yang sudah tidak berminat, " katanya.

Hafiz berkata, pihak SPNB juga sedang mengatur  usaha untuk bertemu para pembeli rumah terbabit yang dijangka akan diadakan sebelum penghujung mei ini.

Hadir sama pada mesyuarat berkenaan, Ketua Cawangan SPNB Sabah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan Bandar Sri Gemilang, Sultan Abdul, Pengerusi Persatuan Pengguna, A Nagaraju Aplasamy, Pengawai Eksekutif MDLD, Mohd Fauzi Abd Kadir dan beberapa orang delegasi SPNB.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.