Isnin, Mei 16, 2011

Ramah mesra Pemimpin akar umbi dan Puteri Umno Silam

Lahad Datu : Satu Majlis ramah mesra pemimpin dan Pergerakan Puteri Umno P188 Silam telah diadakan di Royal Palm Hotel yang turut dihadiri oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku.

Majlis ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pemimpin dan pergerakan Puteri Umno agar sentiasa melahirkan satu pasukan yang jitu bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya yang akan datang.

Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ( UPKR Tungku ) dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO P188 Silam.


Suhaili yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO P188 Silam menegaskan agar ketua-ketua cawangan dan pemimpin akar umbi serta sayap Umno bekerja lebih keras memastikan setiap ahli di cawangan masing-masing menjadi pemilih.

Ini adalah kerana jika seseorang itu ahli UMNO tetapi tidak boleh mengundi, ianya amatlah merugikan parti dan Barisan Nasional ( BN ). Ambil Inisiatif mencari ahli baru seramai mungkin dan daftarkan sebagai pemilih berdaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ), katanya.

Datu Baniamin
Dalam masa yang sama, Pemimpin Kemajuan Rakyat ( PKR ) Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin berkata, Pengerusi-Pengerusi JKKKK haruslah menunjukkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat agar rakyat memberi kepercayaan sepenuhnya dengan kepimpinan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku.

Di kampung, taman dan desa Pengerusi JKKKK adalah wakil YB, apabila timbul masalah rakyat di kampung, maka Pengerusi JKKKK hendaklah melaporkannya terus kepada agensi-agnesi kerajaan yang terlibat.

Jangan mengambil tindakan sendiri dengan menggunakan pihak lain demi kepentingan peribadi dan politik pihak tertentu.

Dalam pentadbiran sesuatu daerah, ada saluran yang disediakan oleh kerajaan untuk Pengerusi-Pengerusi JKKKK menyalurkan masalah dan pendapat.

Begitulah juga dengan masyarakat di kampung, gunakanlah saluran yang betul seperti membuat laporan kepada Pengerusi JKKKK dan Ketua Kampung apabila menghadapi masalah, kata Datu Baniamin ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemaju Mukin Silabukan dan Tambisan Abd Hadji Asari dan Nourdin Abd Rahim, Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Haji Anghai, Penyelia Kemajuan Masyarakat Tungku Puan Naimah Abd Gaffar serta wakil Ketua Anak Negeri Tungku ( DAM ) Haji Tikson Abu Kassim.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.