Ahad, Mei 15, 2011

Rakyat Tungku diutamakan dalam arus pembangunan Negara

Silabukan : Rakyat di kawasan ADUN Tungku diutamakan dalam arus pembangunan negara dengan pelbagai prasarana dan peruntukan disalurkan dan sedang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Dalam kita merancang dan melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat tidak dilupakan kepentingan semua kaum yang sama-sama terlibat menuntut dan mempertahankan kemerdekaan negara, kata Suhaili ketika merasmikan Sukaneka Gabungan Tabika Kemas Zon Silabukan 2011 baru-baru ini.
Suhaili
Katanya lagi, tanpa permuafakatan daripada semua kaum, maka kita tidak akan menikmati kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini.

Hari ini telah terbukti apabila Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu, di kawasan Tungku kita membangun tanpa adanya sekatan dari mana-mana pihak.

Sementera itu, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan N49 Tungku Norazlin Awang berkata sempena Majlis Sukaneka tersebut, anak-anak merupakan permata negara yang tidak ternilai harganya.

Norazlin Awang
Adalah menjadi tanggungjawab pada kita semua untuk memastikan keselamatan tumbesaran mereka seiring dengan perkembangan mental, fizikal dan rohani mereka. Oleh itu dengan adanya program seumpana ini dapat mengasah bakat dan kemampuan anak-anak dalam bidang sukan.

Oleh itu katanya, pihak jabatan merancang program sukaneka Tabika sebagai Takwim tahunan.

Dalam Sukaneka Gabungan tersebut Tabika Kampung Segangan merangkul johan keseluruhan dan bagi ketegori perbarisan dimenangi oleh Tabika Silabukan Pkt 2

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Haji Anghai, Pemaju Mukim Silabukan Abd Hadji Asari dan Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.