Sabtu, Mei 07, 2011

Festival kesenian Islam Peringkat Daerah Kecil Tungku 1432H / 2011


Tungku :  Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Kecil Tungku yang diadakan di dewan Semi Bakti Anjung Teduh baru- baru ni telah dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku merangkap Presiden Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ).

Festival kesenian Islam tersebut adalah julung-julung kali diadakan di peringkat Daerah Kecil Tungku dimana telah dihadiri 500 orang penduduk disekitar Bandar Anjung Teduh, Felda Sahabat.

Suhaili melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pengajuran majlis-majlis sebegini bagi mengeratkan dan memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk di kawasan Tungku khususnya.

Katanya lagi, dengan kerjasama semua pihak termasuk dermawan-dermawan yang telah menyumbangkan pelbagai sumbangan berupa wang ringgit, peralatan dan sebagainya maka majlis ini telah dapat diadakan dan dilaksanakan dengan jayanya.

Suhaili juga turut mengucapkan tahniah kepada Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim kerana berjaya mentadbir Tungku dengan baik dan terbukti membawa pembangunan yang mampan di daerah Kecil Tungku.

Selain itu juga katanya, Felda juga telah banyak menyumbang kepada pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan terutama program kemasyarakatan dan kebudayaan.

Ini membuktikan bahawa Felda tidak mengabaikan kebajikan rakyat di sekitarnya, apabila pelbagai bantuan dan pembangunan yang membantu rakyat di kawasan Tungku.

Beliau kesal kerana pelbagai tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan Felda tidak memberi manfaat kepada rakyat di Tungku. Walhal terbukti tuduhan tersebut adalah tidak berasas memandangkan Felda begitu mengambil berat kepentingan rakyat secara menyeluruh.

Salah satu contoh bukti keprihatinan Felda ialah Projek MESEJ di kampung Nala yang telah disumbangkan oleh Felda sepenuhnya.

Adakah ini tidak membuka mata dan telinga mereka sehinggakan menuduh Felda menindas dan mengambil hak-hak bumiputra di sabah ?

Oleh itu, saya menyeru kepada semua penduduk di kawasan Tungku jangan mendengar segala tohmahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab mempertikai kewibawaan Felda sebagai satu syarikat yang terkenal di seluruh dunia, kata Suhaili lagi.


Sementara tu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim berkata, dengan kewujudan Felda pada hari ini, pelbagai manfaat dan kelebihan kepada anak-anak tempatan mengambil pelbagai peluang pekerjaan.

Ibrahim juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pengurusan Felda Sahabat kerana atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Felda dalam menjayakan majlis-majlis rasmi di peringkat daerah Tungku.

Saya berharap agar ianya berterusan demi untuk manfaat kepada semua masyarakat di kawasan Tungku tidak kira bangsa dan anutan agama. ujarnya lagi.

Pada Festival tersebut, Kumpulan Marhaban dan Berzanzi dari Desa Kencana ( Wahdatul Jannah ) telah merangkul bagi ketegori tersebut dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh kumpulan dari Anjung Teduh dan Soutol Jannah mewakili zon Tungku.


Bagi ketegori Kompang dimenangi oleh kumpulan Kompang dari Anjung Teduh, naib juara Festival peringkat bahagian di semporna pada tahun 2010 / 1431 H .

Manakala bagi ketegori Nasyid Tradisional dan Moden masing-masing dirangkul dari kumpulan Nasyid Anjung Teduh dan Desa Kencana.

Setiap kumpulan memenangi setiap ketegori membawa pulang Tropy dan wang Tunai RM300.00 berserta sijil penyertaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Felda Sabah Haji Juany Haji Salleh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah , Haji Gaspar Sari Pegawai JHEAINS dan Ketua Anak Negeri Tungku Haji Abd Malek Haji Aidala.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.